Didik

Alert! Kenalpasti Tanda-Tanda Jika Anak Mengalami Masalah Di Sekolah

87
SHARES

“Alif tak nak pergi sekolah, tak suka pergi sekolah”
“Eh, sebelum ni Alif suka pergi sekolah kan? Boleh jumpa kawan-kawan..”

Pernah atau tidak anda berdepan dengan situasi sebegini? Kalau ya, itu bermaksud anak anda sedang mengalami masalah di sekolah. Kadang-kadang anda mungkin berasa pelik dengan perubahan sikap dan perlakuan anak yang menjadi semakin agresif dan susah menurut kata. Anak-anak yang mengalami masalah di sekolah memerlukan bantuan dengan secepat mungkin supaya mereka tidak akan terus hanyut dan ketinggalan dalam pembelajaran mereka.

Cuba baca tanda-tanda yang mungkin anak-anak sedang alami ini supaya anda lebih tahu untuk bertindak dengan lebih lanjut.

1. Tiba-tiba tak mahu ke sekolah

http://ijn.co.id/

http://ijn.co.id/

Jika sebelum ini anak tidak ada masalah untuk ke sekolah tetapi apabila secara tiba-tiba anak menyuarakan bahawa tidak mahu ke sekolah, agak aneh. Hal ini terjadi, mungkin kerana ada masalah yang berlaku di sekolah. Mungkin takut kepada guru ataupun selalu dibuli oleh rakan sebaya. Cuba bertanya tentang masalah tersebut kepada anak anda supaya masalah dapat diselesaikan.

2. Perangai berubah dengan drastik di sekolah

http://www.parents.com/

http://www.parents.com/

Apabila anak mengalami masalah di sekolah, mereka akan mula menjadi lebih marah atau emosi jika kita bertanyakan hal sekolah kepada mereka. Selain itu, anak-anak juga akan lebih bosan ketika berada di sekolah dan juga ketika menyiapkan kerja sekolah di rumah. Bukannya apa, kadang-kadang mereka mengalami masalah untuk memahami pelajaran di sekolah tetapi tidak dibantu oleh sesiapa.  Kerana itulah mereka selalu tidak mahu ambil tahu dan tidak endah dengan pelajaran di sekolah.

3. Ambil masa yang lama untuk siapkan kerja sekolah

http://www.mommyish.com/

http://www.mommyish.com/

Situasi ini berkaitan dengan perubahan sikap mereka. Apabila mereka tidak ambil berat tentang pelajaran, mereka juga akan menyiapkan kerja sekolah dengan sambil lewa. Dalam situasi ini, anda sebagai ibu bapa yang prihatin perlu sentiasa memantau perlaksanaan kerja anak supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

4. Nakal di sekolah

www.thesun.co.uk

www.thesun.co.uk

Kadang-kadang, anak menjadi nakal adalah salah satu cara untuk mereka menarik perhatian ibu bapa. Ini juga untuk menunjukkan bahawa mereka sedang mengalami masalah di sekolah. Biasalah, selalunya anak-anak masih tidak tahu cara untuk mereka meluahkan perasaan atau menceritakan masalah yang dialami. Oleh kerana itulah mereka selalu memberontak. Ibu bapa perlu peka dengan keadaan sekeliling mereka juga sekiranya perangai anak semakin bermasalah di sekolah.

5. Guru mula mengadu

http://www.huffingtonpost.com/

http://www.huffingtonpost.com/

Sebagai ibu bapa, kadang-kadang anak akan mempunyai perangai yang berbeza di sekolah dan di rumah. Jadi, jangan hairan apabila guru mula mengadu mengenai perangai anak di sekolah. Ibu bapa semestinya akan kurang percaya dengan apa yang diberitahu oleh guru kerana kelakuan anak agak berbeza di rumah. Berikan sepenuh perhatian tentang masalah yang diujarkan oleh guru kerana mereka yang mengajar anak-anak di sekolah. Justeru, mereka lebih tahu.

6. Masalah kurang makan dan kurang tidur

tailoredfitness12.wordpress.com

tailoredfitness12.wordpress.com

Anak-anak akan mengalami masalah kurang makan dan kurang tidur, dan ini semua adalah disebabkan kerisauan. Walaupun tidak ada ‘hati’ untuk pergi ke sekolah, tetapi mereka juga tetap risau dengan status pembelajaran mereka. Ibu bapa perlu sentiasa memberikan dorongan jika situasi ini berlaku. Anak-anak mungkin tidak akan selalu meluahkan perasaan, oleh itu anda perlulah prihatin dan peka dengan perlakuan mereka.

7. Keputusan peperiksaan teruk

http://www.bbc.com/

http://www.bbc.com/

Ini adalah tanda yang paling jelas sekali jika anak mengalami masalah di sekolah. Secara tiba-tiba, markah peperiksaan jatuh dengan mendadak, ibu bapa mana yang tidak risau bukan? Masih ramai lagi dalam kalangan ibu bapa yang terlalu mendesak anak untuk mendapatkan keputusan yang bagus, sedangkan mereka tidak tahu bahawa anak-anak sedang menderita di sekolah. Sebaliknya, berikan sokongan dan mula memahami corak pembelajaran anak-anak dengan cara yang betul.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×