Didik

Aleeya Nurhanny Harumkan Nama Malaysia, Raih Anugerah Pelajar Antarabangsa Terbaik Di Jerman

PELAJAR ANTARABANGSA

Seorang pelajar Malaysia, Aleeya Nurhanny Binti Asman Jailany, mengharumkan nama negara apabila menerima Anugerah Pelajar Antarabangsa Terbaik daripada German Academic Exchange Service (DAAD) bagi tahun 2026 di Jerman.

Menerusi perkongsian MARA Frankfurt di Facebook, anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Presiden Technische Hochschule Brandenburg (TH Brandenburg), Prof. Dr. Julia Schnitzer, sempena Majlis Graduasi bagi Sesi Tamat Pengajian 2025/2026 pada 2 Oktober 2026.

Baca juga: Cara Mohon Kad Perakuan Nikah JAWI Secara Online… Ini Syarat, Dokumen & Bayaran Dikenakan

ALEEYA RAIH ANUGERAH PELAJAR ANTARABANGSA TERBAIK DI JERMAN

PELAJAR ANTARABANGSA

Pengiktirafan itu diberikan kepada pelajar antarabangsa yang menunjukkan pencapaian akademik cemerlang serta penglibatan aktif dalam aktiviti sosial dan komuniti universiti.

Selain cemerlang dalam akademik, Aleeya turut menunjukkan komitmen dalam membantu komuniti pelajar Malaysia di Jerman.

Aleeya aktif membantu pelajar Malaysia yang baru tiba di negara itu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti. Aleeya juga menyertai pelbagai program kebudayaan serta menyokong hubungan kerjasama antara TH Brandenburg dengan German-Malaysian Institute (GMI).

Antara sumbangannya termasuk penglibatan dalam penghasilan video lawatan kampus TH Brandenburg bagi memperkenalkan universiti berkenaan kepada bakal pelajar dari GMI.

Malah, pencapaian Aleeya dalam bidang sukan turut mendapat pengiktirafan apabila dia pernah menerima Anugerah Olahragawati RENTAP pada 2024 dan 2025. RENTAP merupakan acara sukan dan rekreasi tahunan yang melibatkan pelajar Malaysia di Jerman.

Sebelum melanjutkan pengajian ke Jerman, Aleeya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani sebelum meneruskan pengajian di German-Malaysian Institute (GMI).

Dia kini mengikuti pengajian dalam bidang Sains Kejuruteraan dengan pengkhususan dalam Kejuruteraan Elektrik dan Teknologi Maklumat di TH Brandenburg menerusi Young Talent Development Programme (YTP) MARA.

Harap kejayaan dapatkan banggakan keluarga

PELAJAR ANTARABANGSA

Sebagai anak sulung daripada lima orang adik-beradik, Aleeya berharap kejayaan yang diraih dapat membanggakan keluarganya, selain menjadi langkah awal untuk membina kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

Selepas menamatkan pengajian, Aleeya bercita-cita untuk menimba pengalaman profesional sebagai jurutera di Jerman sebelum kembali menyumbang kepakaran kepada pembangunan Malaysia.

Kejayaan Aleeya menerima DAAD-Preis 2026 bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan akademik, malah mencerminkan kepentingan penglibatan sosial dan sumbangan kepada komuniti dalam kalangan pelajar antarabangsa.

Semoga pencapaian Aleeya Nurhanny menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak Malaysia untuk terus mengejar kecemerlangan dalam pendidikan dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Baca juga: Kanak-Kanak Ireland Jatuh Cinta Dengan Makanan Asia Tenggara, Ibu Wajib ‘Fly’ Setiap Tahun Ke Malaysia!

Sumber: Mara Frankfurt

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×