Famili

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Kembali, Buka Undian November Ini & Boleh Undi 50 Kali Sehari!

OHBULAN! PALING VIRAL

OhBulan! Paling Viral Online kembali dengan edisi kedua pada November ini, sekali lagi membuka peluang kepada orang ramai untuk memilih selebriti, pencipta kandungan dan karya kegemaran menerusi undian dalam talian.

Kali ini, sebanyak sembilan kategori dipertandingkan, termasuk empat kategori baharu yang diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada lebih ramai individu dalam industri hiburan dan dunia digital.

Baca juga: Bangga Markah Pendidikan Islam Anak Cecah 90%, Bapa Anggap Muzik Tak Penting Pula? Undang Kecaman Netizen!

OHBULAN! PALING VIRAL ONLINE KEMBALI LAGI

OHBULAN! PALING VIRAL

Empat kategori baharu tersebut ialah Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral dan Pelakon Paling Viral. Menariknya, kategori Pelakon Paling Viral menggabungkan pelakon lelaki dan wanita dalam satu pertandingan untuk merebut satu gelaran pemenang.

Selain itu, lima kategori yang dipertandingkan pada edisi terdahulu turut dikekalkan, iaitu Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

Menerusi sembilan kategori ini, peminat berpeluang memberikan sokongan kepada calon pilihan masing-masing. Keputusan pertandingan pula ditentukan sepenuhnya berdasarkan undian orang ramai, dengan setiap pengguna dibenarkan mengundi maksimum 50 kali sehari.

Bagi menentukan calon yang bakal membawa pulang gelaran, pertandingan kali ini dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu Top 15 dan Top 5.

Peringkat Top 15 berlangsung dari 2 November hingga 1 Disember 2026. Menerusi fasa ini, 15 calon dengan undian tertinggi bagi setiap kategori akan dipilih untuk mara ke peringkat seterusnya.

Persaingan kemudian diteruskan menerusi fasa Top 5 yang berlangsung dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027 bagi menentukan pemenang bagi setiap kategori.

Ketua Kandungan Editorial OhBulan!, Noor Zulaikha Yusof berkata sambutan positif yang diterima ketika penganjuran sulung menjadi antara faktor yang mendorong pihaknya meneruskan program tersebut.

“Melihat kepada maklum balas yang menggalakkan pada edisi pertama, kami mahu meneruskan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 bagi memberi pengiktirafan kepada selebriti, pencipta kandungan, peniaga, lagu dan drama yang menjadi tumpuan ramai.

“Kami memperkenalkan empat kategori baharu bagi memberi ruang kepada lebih ramai individu untuk diiktiraf, di samping mengekalkan kategori khas buat peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka. Kami percaya dengan sokongan semua, edisi kali ini akan memberi impak yang lebih besar,” katanya.

OHBULAN! PALING VIRAL

Pemenang diumumkan Januari 2027

Keputusan akhir OhBulan! Paling Viral Online 2.0 akan diumumkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan! pada 15 Januari 2027, jam 9 malam.

Bagi memeriahkan kempen ini, pelbagai saluran promosi akan digunakan, termasuk TikTok, YouTube, audio siar Show Dalam Bilik, pengiklanan digital dan artikel di portal.

Program ini turut mendapat sokongan menerusi kerjasama strategik dengan rancangan bual bicara TV3, iaitu Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini. Selain itu, promosi turut melibatkan sesi temu bual bersama stesen radio Hot FM dan Kool 101.

Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan pertandingan dan memberikan undian kepada calon pilihan boleh menggunakan tanda pagar rasmi #ohbulanpalingviralonline2.0 di media sosial.

Maklumat lanjut mengenai senarai calon dan proses undian boleh didapati menerusi laman rasmi OhBulan! di ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline2.0.

Baca juga: Kanak-Kanak Ireland Jatuh Cinta Dengan Makanan Asia Tenggara, Ibu Wajib ‘Fly’ Setiap Tahun Ke Malaysia!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×