Inspirasi

Pelumba Cilik Ayden ‘BamBam’ Raih Pingat Perak Di China, Terus Harumkan Nama Malaysia Dalam BMX Flatland

pelumba bmx cilik

Pelumba BMX cilik Malaysia, Ayden ‘BamBam’ Flatlander, sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara BMX Flatland Junior Boys di kejohanan FISE BMX Freestyle World Cup Shanghai 2026, China.

Kejayaan itu membuktikan bakat dan kemampuan Ayden yang baru berusia 12 tahun untuk bersaing di peringkat antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia dalam sukan BMX Flatland.

Baca juga: Bangga Markah Pendidikan Islam Anak Cecah 90%, Bapa Anggap Muzik Tak Penting Pula? Undang Kecaman Netizen!

PELUMBA BMX CILIK, AYDEN RAIH PERAK DI SHANGHAI

pelumba bmx cilik

Sebelum ini, Ayden turut mencipta kejutan apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara flatland pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Pencapaian tersebut menjadikan Ayden antara bakat muda yang wajar diberi perhatian dalam sukan berbasikal, khususnya acara BMX Flatland yang memerlukan kemahiran teknikal, keseimbangan dan kawalan basikal yang tinggi.

Kejayaan terbaharu di Shanghai pula menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat pelumba muda itu dalam perjalanannya mengembangkan bakat di pentas antarabangsa.

Menerusi perkongsian selepas kejohanan itu, Ayden meluahkan rasa syukur atas kejayaannya meraih tempat kedua dalam acara BMX Flatland Junior Boys di FISE BMX Freestyle World Cup Shanghai 2026.

“Alhamdulillah! Saya berjaya meraih tempat kedua dalam acara BMX Flatland Junior Boys di FISE BMX Freestyle World Cup Shanghai 2026.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan ayah atas segala-galanya, serta semua yang sentiasa mempercayai dan menyokong perjalanan saya. Anda semua tahu siapa diri anda. Pingat ini adalah untuk anda semua,” luahnya.

Penghargaan yang diberikan itu turut memperlihatkan betapa pentingnya sokongan keluarga dan orang sekeliling dalam membantu seorang atlet muda mengharungi perjalanan sukan yang penuh cabaran.

pelumba bmx cilik

Warganet bangga dengan kejayaan Ayden

Kejayaan Ayden meraih pingat perak di China turut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak muda Malaysia itu.

Antara komen yang ditinggalkan ialah ucapan tahniah serta penghargaan atas kejayaan Ayden membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.

“Tahniah dik. Bangga tengok anak Malaysia mencatat kejayaan dalam bidang sukan dan sains,” tulis seorang warganet.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat Ayden untuk terus mengasah bakat, meningkatkan prestasi dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Baca juga: “Terima Kasih!”- Tunaikan Hasrat Isteri Mengandung Mengidam Naik Kereta Polis, Tindakan Suami Raih Pujian

Sumber: Facebook Ayden “BamBam” Flatlander

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×