Famili

Alami Masalah Kulit Ketika Mengandung, Berikut 10 Situasi Perubahan Hormon Semasa Hamil Yang Perlu Anda Tahu

531
SHARES

Setiap wanita mengandung pasti akan mengalami perubahan hormon. Semakin meningkat usia kandungan, semakin banyak berlaku proses perubahan hormon.

Semasa hamil, perubahan hormon di kalangan wanita adalah sangat ketara. Kebanyakan kaum lelaki sukar untuk memahami sepenuhnya punca perubahan yang berlaku iaitu daripada emosi yang tidak stabil, sembelit, perubahan waktu tidur dan mengidam makanan.

Kesan perubahan pelbagai hormon dalam badan merupakan punca utama kepada semua simptom tersebut. Perubahan hormon inilah yang membolehkan wanita mengandungkan bayi selama sembilan bulan dan membantunya membesar.

Baru-baru ini juga, pelakon Sharifah Sakinah  yang sedang kini mengandung anak sulungnya berusia 5 bulan yang juga turut mengalami proses perubahan hormon wanita hamil.

Dia telah berkongsi kulit wajahnya yang mengalami masalah jerawat di Instagram miliknya. Netizen juga turut prihatin dengan masalah Sharifah Sakinah dan berkongsi tips dan pengalaman mereka di ruangan komen.

Perubahan Hormon Estrogen dan Progesterone

Estrogen dan progesteron adalah ketua hormon semasa hamil.  Wanita hamil akan menghasilkan lebih estrogen dalam semasa mengandung. Peningkatan estrogen semasa hamil membantu rahim dan plasenta untuk memindahkan nutrien serta menyokong perkembangan bayi.

Di samping itu, estrogen dianggap memainkan peranan penting dalam membantu fetus berkembang dan matang. Kandungan estrogen yang bertambah dan mencapai kemuncaknya pada trimester ketiga.

Peningkatan hormon estrogen semasa trimester pertama boleh menyebabkan berasa loya dan semasa trimester kedua, ia mewujudkan saluran susu yang membesarkan payudara.

Perubahan progesteron menyebabkan kelemahan atau melonggarkan ligamen dan sendi seluruh badan. Progesteron juga penting untuk mengubah saiz rahim sehingga ia boleh menampung bayi selama 9 bulan.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa simptom kesan perubahan hormon yang selalunya dialami oleh wanita yang sedang mengandung. Antara kesan perubahan hormon terhadap badan ialah :

1) Bintik-bintik dan jerawat semasa hamil

Tahap hormon yang tinggi menggalakkan penghasilan minyak yang membuatkan kulit anda anjal. Namun terlalu banyak minyak boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat.

Wanita hamil digalakkan mencuci muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak.

Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ia akan membuatkan masalah tersebut menjadi lebih teruk. Beberapa minggu selepas bersalin, kulit anda akan beransur pulih kepada sediakala. Sekiranya ingin memakai krim jerawat, dapatkan nasihat doktor kerana jika guna krim sembarangan, risau akan beri kesan kepada kandungan.

2) Tanda regangan

skin-changes-during-pregancy-722x406

Foto Kredit : whattoexpect.com

Tanda regangan (stretch marks) ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau coklat yang biasanya muncul pada perut, payudara dan peha. Selepas bersalin, pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar. Ia salah satu kesan kehamilan yang harus kita hadapi.

Anda boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut atau mana-mana bahagian kulit untuk menjadikannya lebih anjal dan mengamalkan pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin E dan C.

3) Perubahan saiz payudara

Payudara wanita hamil pasti akan menjalani perubahan penting semasa hamil kerana tubuh mereka perlu bersedia untuk membekalkan susu kepada bayi. Hormon kehamilan yang memberi kesan pigmentasi kulit akan beri kesan kulit gelap sekeliling diputing.

Oleh kerana payudara membesar, wanita hamil mungkin mengalami kesakitan atau sensitiviti dan payudara akan lebih menonjol lebih daripada sebelum mengandung.

4) Melecet semasa hamil

Apabila berat badan anda bertambah, sesetengah tempat pada badan anda boleh melecet, seperti dibahagian peha dan bawah payudara. Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap, kemudian melepuh.

Pastikan kawasan yang terjejas itu sentiasa kering dan gunakan bedak talkum untuk menyerap kelembapan. Pakailah pakaian yang diperbuat daripada kapas untuk menyejukkan kulit dan elakkan memakai seluar yang ketat.

Maklumkan kepada doktor anda mengenai perkara ini, terutamanya jika anda banyak berpeluh, kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kulat atau keputihan.

5) Kulit sensitif semasa hamil

Kulit anda biasanya lebih sensitif apabila anda hamil. Sabun dan bahan pencuci mungkin akan menyebabkan kulit anda pedih dan masalah seperti ekzema akan dialami. Kulit boleh menjadi gatal sekiranya terdedah kepada cahaya matahari.

Anda digalakkan memakai pakaian yang longgar yang diperbuat daripada kapas agar dapat mengekalkan kelembapan badan. Selain itu, sentiasa lindungi kulit anda daripada cahaya matahari dengan krim pelindung matahari.

cholestasis-of-pregnancy-7212

Foto Kredit : omicsonline.org

Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan, terutamanya pada tapak tangan dan tapak kaki. Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil. Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga.

Kegatalan ini boleh jadi terlalu teruk dan kadang-kala tidak dapat dikawal. Walaupun anda mungkin bimbang kerana hati anda tidak berfungsi dengan baik, namun obstetric cholestasis tidak membahayakan kesihatan anda.

Namun kesemua simptom ini tidak akan berlarutan dan akan hilang selepas melahirkan anak.

6) Kerap ke tandas!

dry-mouth-during-early-pregnancy-z1

Foto Kredit : mypregnanthealth.com

 

Kerap buang air kecil semasa mengandung adalah perkara normal. Hal ini kerana bayi bergerak di sekitar dalam rahim ibu dan ia terasa seperti satu sepakan ke atas pundi kencing mereka. Kadang-kadang anda tidak akan sempat sampai ke tandas!

Banyakkan minum air kerana semasa mengandung, air sangat diperlukan badan untuk menampung kesihatan diri sendiri dan bayi dalam perut.

7) Anggota badan mula bengkak

Badan mula mengekalkan lebih banyak air semasa mengandung dan boleh membawa kepada bengkak buku lali, muka dan jari. Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi jumlah gula dan garam yang tinggi.

8) Berat badan naik

Pregnant woman weighing herself on a bathroom scale. View from above. No face. Focus on weight scale . Self portret

Foto Kredit : technology.org

Semasa hamil, ia adalah masa apabila berat badan meningkat untuk menampung bayi. Jangan tertekan sekiranya berat badan anda naik dan berasa tidak cantik. Para ibu perlu berada dalam keadaan psikologi yang baik setiap masa, bagi memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

9) Pedih Ulu hati atau ketidakhadaman

Pedih hulu hati dan senak dibahagian dada atau perut sangat menyakitkan semasa mengandung. Ia adalah kerana bayi yang berada didalam kandungan membesar dan menolak organ-organ lain untuk membuka ruang.

Ia akan membuatkan anda tidak selesa selepas makan dan terasa seperti tersekat. Penyelesaian terbaik adalah untuk makan dalam kuantiti yang lebih kecil tetapi kerap.

10) Morning Sickness

Pregnant woman is about to be sick.

Foto Kredit : hhuffingtonpost.com

Ini adalah situasi yang paling tidak disukai oleh wanita yang hamil. Setiap pagi selalunya mereka akan rasa loya, muntah dan pening. Ia berlaku pada trimester pertama di mana seseorang itu berasa seperti mabuk selama tiga bulan!

Jangan bimbang kerana selalunya morning sickness ini hanya berlaku beberapa bulan. Tetapi ada juga yang melaluinya sehingga bersalin. Anda yang melaluinya jangan terlalu beremosi dan bersabar dengan simptom ini.

Setiap wanita yang mengandung akan mengalami kesan perubahan hormon yang berbeza. Jika anda kurang mengalaminya, anda patut bersyukur.

Namun bagi mereka yang sedang mengalaminya, kuatkan diri kerana ia hanya untuk tempoh 9 bulan sahaja. Bagi bakal ibu-ibu lain yang ada mengalami simptom lain, boleh lah share dengan kami!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×