Didik

“Respon Elok-Elok Jika Mereka Silap”- Ini 3 Kesan Negatif Jika Asyik Gelakkan Si Anak

196
SHARES

Anak-anak tidak dinafikan memang mempunyai telatah yang mencuit hati dan boleh menghiburkan ibu bapa yang penat bekerja. Tapi tahukah ibu bapa, dalam bergelak ketawa, ada sesetengah situasi yang tak sesuai untuk ibu bapa gelakkan anak. Terutamanya apabila mereka membuat silap apabila mencuba membaca. Jadi, bapa ini kongsi 3 kesan yang boleh efek mental anak jika ibu dan bapa gelakkan pada kesalahan mereka.

3 KESAN NEGATIF INI MUNGKIN BERLAKU KALAU KAMI GELAKKAN ANAK

Pffffttt…(bunyi tahan gelak) Ya.. Ini situasi saya & isteri tahan gelak bila anak kedua kami, Imdad membaca apa yang tertulis di kotak ini. (apa yang lawaknya? bacalah sampai habis ). Dah la tengah sedap sedut air soya ni, dia buat lawak pula.

TAHAN GELAK

Sebenarnya, Imdad masih dalam proses untuk melancarkan pembacaan beliau. Dia seorang yang suka mencuba & selalunya dia over-confident. Jadi, ketika kami sekeluarga sedang menikmati air ini, Imdad tiba-tiba bersuara. “Mama.. Imdad tahu kita minum air apa.”..”Owh. Mana Imdad tahu? Imdad baca ye. Air apa ni?”…”Kejap.. Hmmm… Susu…. KAMBING SAYA.”

Begitulah cerita Imdad.. Mengenang kembali kisah ini, saya bersyukur kerana Allah takdirkan untuk kami TAHAN GELAK pada waktu tersebut.

AKIBATNYA

Sekiranya kami gelak sakan pada waktu itu, perkara ini berpotensi besar untuk berlaku terhadap Imdad.

1.BERHENTI MEMBACA

Imdad akan takut untuk terus membaca kerana jika berlaku sebarang kesalahan, Imdad akan digelakkan oleh ibu bapanya sendiri.

2.TAKUT MENCUBA

Apabila anak rasa takut mencuba, pasti anak berpotensi besar untuk ada banyak kelewatan perkembangan. Kerana, manusia akan cepat belajar melalui pengalaman. Pengalaman akan diperoleh dari mencuba.

3.LOW SELF ESTEEM

Apabila ini berlaku, ia akan mengganggu anak untuk bersosial bersama rakan-rakan di sekolah. Anak akan sangat takut untuk melakukan sesuatu di tempat public atau ramai orang kerana, pengalaman dia di gelakkan oleh ibu bapa tadi telah tertanam di dalam mindanya. Digelakkan oleh 2 orang pun dah sedih, inikan pula jika digelakkan oleh ramai orang.

Jadi, kepada rakan-rakan ibu bapa semua, sila train diri kita untuk respon sebaik mungkin terhadap kesilapan anak. Anak akan lebih banyak belajar melalui kesilapan. Jadilah ibu bapa yang sentiasa membawa anak naik 5 anak tangga kejayaan dari setiap kesilapan mereka. Hargai anak kita supaya mereka tidak berat hati untuk menghargai kita di masa tua nnt. Aaminnn.

Sumber: Muhammad Fakhrani

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×