Rakyat

Akibat Hentakan Objek Tumpul Di Kepala, Bayi Lelaki Maut Dibunuh Bapa

2
SHARES

Bayi lelaki berusia tiga bulan maut akibat hentakan objek tumpul di kepala. Mangsa dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri di sebuah rumah terletak di Alor Setar.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan pakar forensik mendapati kesan luka di kepala dan beberapa bahagian lain.

Baca juga: Gara-Gara Taknak Cucuk Vaksin, Si Lelaki Sanggup Batal Kahwin

AKIBAT HENTAKAN OBJEK TUMPUL DI KEPALA, BAYI LELAKI MAUT

Isteri suspek berusia 22 tahun tiada di rumah ketika kejadian kerana dipercayai bergaduh dan dipukul oleh suspek lalu bertindak melarikan diri.

“Tempoh reman terhadap suspek sepatutnya berakhir esok dan kita akan merujuk kes itu pada Timbalan Pendakwa Raya dengan segera.

“Kalau boleh kita tuduh, kita akan tuduh terus kalau tidak boleh tuduh kita akan sambung reman lagi,” ujarnya.

Kecederaan pada bayi itu adalah disebabkan daripada objek tumpul dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×