Famili

Akibat Ada Dadah Dalam Badan, Kanak-Kanak 4 Tahun Kritikal

74
SHARES

Akibat terdapat kandungan dadah dalam badan, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital

Mangsa tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) jam 5 pagi semalam oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis.

Baca juga: [VIDEO] Ikut Trend, Sekumpulan Kanak-Kanak Baring & Bermain Di Tengah Jalan Raya Sesak

ADA DADAH DALAM BADAN, KANAK-KANAK 4 TAHUN KRITIKAL

Gambar hiasan

Menurut laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menjelaskan, mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan selepas pemeriksaan dilaku mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.

“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.

“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah,” jelasnya

Gambar hiasan

Mangsa kini masih kritikal sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pihaknya sedang menunggu laporan lanjut.

Hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.

“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×