DIY & Kraf

Terkesan Dengan PKP, Taman Rama-rama Melaka Ajak Orang Ramai ‘Adopt A Butterfly’

61
SHARES
Adopt a butterfly

Tahu tak bahawa anda boleh membeli kepompong dan melihatnya membesar dan menetas menjadi rama-rama?

Menarik bunyinya tu kan?

Ini adalah salah satu inisiatif oleh Melaka Butterfly Farm & Reptile / Taman Rama-rama & Reptilia Melaka untuk memohon bantuan dari orang ramai untuk menyelamatkan rama-rama di sana.

Melalui program ‘Adopt a Butterfly’ atau ‘Adopsi Rama-rama’, kepompong yang telah dibiakkan di makmal mereka
ini akan menetas menjadi rama-rama dalam beberapa hari.

Tiada makanan diperlukan, dan kita boleh saksikan sendiri proses rama-rama keluar dari kepompong.

Wah, menarik juga kan?

Anak-anak pun tentu lebih teruja dan dapat belajar banyak perkara melalui proses pemerhatian ini.

3000 Beluncas Terpaksa Dihapuskan

Terkesan dengan PKP dan pandemik COVID-19, pihak Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka melancarkan program ini dan dengan tulus mengharapkan orang ramai untuk membantu mereka menghadapi krisis ini.

Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka (MBRS) terpaksa melupuskan lebih 3,000 beluncas daripada pelbagai spesies rama-rama bagi tujuan penjimatan kos sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

Ada yang dibiakkan sejak lebih 10 tahun lalu, namun terpaksa dihapuskan dan tidak dilepaskan kerana kesemuanya adalah hasil pembiakan di dalam makmal sepenuhnya yang mungkin akan memberi kesan sampingan kepada kawasan persekitaran sekiranya dilepaskan.

Eksekutif Hidupan Liar MBRS, Qurratu A’in Rohaminordin, berkata ia bagi mengehadkan kuantiti beluncas dan meminimumkan penggunaan pokok perumah sekali gus mengurangkan bilangan pekerja makmal pembiakan di taman itu.

Bagi membela nasib seluruh rama-rama serta hidupan liar di Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka, anda yang berminat boleh membantu dengan membuat pembelian kepompong rama-rama yang sebenar yang telah dibiakkan di makmal pembiakan rama-rama disini secara atas talian dengan harga serendah RM20 sahaja.

Selain memberi sumbangan, anda juga dapat merasai sendiri pengalaman menyaksikan proses rama-rama keluar dari kepompong.

Dengan set RM20, anda akan mendapat 1 kepompong dan 1 glass jar (harga tidak termasuk pos).

Manakala dengan set RM50, anda boleh mendapatkan  1 kepompong, 1 glass jar, 1 button badge, dan 2 tiket percuma ke Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka yang bernilai RM44 (pos percuma ke SM).

Berbaloi kan?

Ini contoh set yang akan diterima.

adopt a butterfly

Jom Selamatkan Rama-rama!

Selain rama-rama, anda juga boleh membuat sumbangan untuk haiwa-haiwan lain di Melaka Butterfly Farm & Reptile melalui laman web rasmi mereka di pautan

https://www.butterflyreptile.com/collections/adopt-a-butterfly

ATAU

Hubungi melalaui telefon di talian 062320033 atau Whatsapp: 0163636537

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×