Famili

Abang Demam Berhari-Hari, Tapi Adik Pula ’Pergi’ Dahulu Akibat Influenza A

208
SHARES

Sejak kebelakangan ni, memang banyak kes Influenza A yang menyerang orang ramai tanpa mengira peringkat umur. Kanak-kanak antara mangsa yang mudah terdedah dengan virus ini kerana mempunyai sistem imunisasi yang masih rendah. Jadi, bapa ini kongsi detik menyayat hati, dua orang anaknya dijangkiti virus ini. Tapi, malang tidak berbau kerana salah seorang anaknya telah meninggal dunia akibat jangkitan itu.

ANELL DEMAM TAK KEBAH WALAU DIBERI UBAT

Assalamualaikum semua saudara-saudara dan sahabat-sahabat saya di dalam ruangan ni. Seminggu anak saya Muhammad Dayyan Hazim (Ajim) yang berumur 1 tahun 8 bulan meninggalkan saya untuk kembali kepada Allah swt. Hari ni saya diberi kekuatan olehNya utk menceritakan detik sebelum anak saya kembali ke rahmatullah dan menitipkan pesan buat semua. Sayangnya kami sekeluarga pada Ajim Allah saja yang Maha Mengetahui.

31/12/2019 Anell abang kepada Ajim demam pada paginya dan suhunya mendadak naik sehingga 39 degree pada sebelah petang dan malam. Demam tak kebah-kebah walaupun diberi ubat. Saya bawa Anell ke hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan jam 12 tengah malam. Setelah darah diambil, doktor di hospital Temerloh mengesahkan yang anak saya tiada jangkitan kuman dan disuruh balik..Subhannallah..Saya bagitahu kepada doktor tersebut anak saya sering sakit perut dan demam beliau tak kebah-kebah walaupun diberi ubat demam.. Malahan ubat demam yang diberi di hospital juga tidak memberi kesan untuk menyembuhkan demam beliau.. Doktor tetap arahkan saya untuk balik dan kerap membasahkan badan anak saya dengan air.. Allahuakbar..huhuhu…dengan sedikit kekecewaan saya bawak anak saya balik. Sampai rumah jam 6 pagi..

ANELL DIJANGKITI INFLUENZA A

Saya dan isteri sering basahkan badan anak tetapi seperti meletakkan air di atas cerek panas.. huhuhu…Tak mampu untuk menurunkan suhu. Jam 8 pagi sekali lagi saya bawa Anell ke primamedik Temerloh dan menceritakan semuanya termasuk darah telah diambil di hospital Temerloh. Doktor di primamedik kemudiannya mengambil sample hingus untuk dibuat ujian influenza. Tak syak lagi bahawa Anell dijangkiti influenza A. bayangkan begitu sedih saya dengan fasiliti hospital kerajaan yang sangat menyedihkan tak mampu mengesahkan anak saya menghidap influenza A. Dengan surat rujukan dari primamedik saya bawa Anell terus ke Kuantan Medical Centre (KMC). Bayangkan sahabat-sahabat semua, saya tak dapat bagi tumpuan pada ajim sepanjang masa tu dan tak pernah berjumpa dia dari 1 januari 2020.. Allahuakbar.. saya lebih memberi tumpuan kepada Anell kerana dia demam teruk.. saya sangat-sangat sedih sehingga sekarang bila terkenangkan semua ni.. Saya berada di KMC bersama Anell dan umi menjaga Ajim dan Along di rumah.

AJIM PULA INFLUENZA NEGATIF

Pada sebelah malam umi bagitahu saya yang Ajim demam.. saya hanya memikirkan yang Ajim hanya demam biasa sebab beliau kebah selepas tu. Pada sebelah pagi 3/1/2020 ajim demam balik dan saya bgtau umi supaya bawa Ajim ke primamedik sebab dah tahu sangat dengan prosedur hospital kerajaan kalau baru demam memang disuruh balik tanpa ambik darah untuk pemeriksaan detail. Saya bagitahu umi untuk minta doktor di primamedik buat influenza test. Alhamdulillah negatif. Ajim sangat aktif sehingga saya dan isteri memang tidak dapat mengesan langsung sama ada Ajim tengah sakit atau pun tidak. Tapi, umi bgtau Ajim selalu sakit perut. Umi bawa Ajim balik rumah berbekalkan ubat demam jenis cecair dan sub serta antibiotik. Selepas Jumaat umi call saya bagitahu demam Ajim naik dengan mendadak…Allahuakbar… Ajim dimandikan dengan air lemon tapi masih tak kebah-kebah.

Umi bagitahu yang dia nak masukkan sub dan saya pun setuju.. Selepas masukkan sublah Ajim sawan yang tiada penhujungnya.huhuhuhu..Allahhh… Dalam keadaan bercelaru umi ditemani oleh dua orang staff saya bawa Ajim ke emergency hospital Jengka..Pada masa yang sama saya terus bergegas balik dari KMC bersama Anel walaupun Anel masih tak sihat. Berita yang sangat menyedihkan saya terima dalam perjalanan bahawa Ajim semakin kritikal dan terpaksa dihantar ke Hospital Temerloh. Bayangkan sahabat-sahabatku, Ajim kritikal dengan hanya demam satu hari saja.. Allahuakbar… Lemah seluruh tubuhku..Allah saja yang tahu..

AJIM KRITIKAL, TERBARING KAKU

Sepanjang perjalanan air mata mengalir mengenangkan anak aku yang masih kecil.. Aku sampai di hospital Jengka dan tak dibenarkan masuk tengok Ajim sebab masih dirawat.. Allahhh…Hanya Engkau saja yang tahu perasaanku pada ketika itu.. Dari jauh saya tengok Ajim terbaring kaku dah tak dapat melihat saya malah bergerak pun tak boleh.. Mulut diikat sebab sawan. Allahuakbar…anak saya terus dibawa ke hospital Temerloh..di zon kritikal hospital Temerloh doktor pakar memaklumkan kepada yang anak saya sangat kritikal terpaksa dipantau 24 jam…selepas CT scan anak saya dimasukkan ke ICU..huhu…saya dalam keadaan sangat sedih terpaksa bawa balik Anell ke KMC..huhu…dan saya terpaksa minta Anell dipindahkan ke hospital temerloh.. Saya pendekkan cerita dengan keadaan Ajim yang sangat kritikal, Ajim pergi meninggalkan kami pada 6/1/2020 jam 7.11 am.. Walaupun saya dan isteri sangat sayangkan Ajim tapi kami redha yang Allah lebih sayangkannya..huhu.. kami tahu bahawa Allah akan menempatkan ajim di tempat yang paling tinggi iaitu Syurga Allah..

DIKEBUMIKAN PADA HARI YANG SAMA

Ajim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jengka 18 pada hari yang sama. Saya titipkan kisah ini adalah sebagai kenangan buat saya dan isteri di alam maya ini dan saya ingin menyampaikan pesan buat semua yang membaca kisah saya ini… Janganlah abaikan anak kita walaupun demam sedikit..kita tak tahu apa yang mereka tanggung masa tu… Tolonglah bagi tumpuan penuh pada anak-anak. Alfatihah. Abi, umi, along n anell sayang Ajimm sangat-sangat..

Sumber: Mohd Esmadi Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×