Euforia Bola 2026
Famili

‘Lakonan’ Naik Kerusi Roda Di Airport Jadi Plot Twist- Sampai New Zealand, Anak Ternganga Tahu Abah Buat Sky Diving!

bungee jumping

Bila sebut tentang aktiviti ekstrem, ramai mungkin membayangkan golongan muda sahaja yang berani mencuba. Namun kisah seorang lelaki warga emas yang melakukan bungee jumping dan skydiving ketika melancong ke luar negara ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menikmati kehidupan dan mengejar impian.

Baca juga: Surat Ringkas Budak 10 Tahun Minta Pluto Jadi Planet Semula Terima Respons NASA, Comel & Bijak!

PAK CIK USIA 68 TAHUN BUAT BUNGEE JUMPING & SKYDIVING, HEBAT!

bungee jumping

Tangkap layar video di hantaran TikTok @itsaisyafrq .

Perkongsian oleh pengguna Threads dan TikTok @itsaisyafrq baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi kisah bapanya yang berusia 68 tahun terbang seorang diri dari Malaysia ke New Zealand untuk bercuti bersama keluarga abangnya yang menetap di sana.

Menurutnya, setiap kali dia melancong ke luar negara, bapanya sering berpesan supaya menjaga diri dan mengelakkan perkara berbahaya.

Namun siapa sangka, apabila tiba giliran bapanya sendiri bercuti, bapanya pula yang melakukan aktiviti lasak yang tidak dijangka.

“24 negara dah aku pergi, setiap kali aku travel, abah aku pesan jaga diri baik-baik. Jangan buat benda bahaya. Tahun ini raya ke-3 abah aku pergi New Zealand, fly seorang dari Malaysia,” kongsinya.

Lebih mencuit hati, dia mendedahkan bahawa bapanya kelihatan tidak begitu bertenaga ketika dihantar di lapangan terbang, malah menggunakan kerusi roda seolah-olah keletihan.

Namun sebaik sahaja tiba di destinasi, segalanya berubah.

“Aku tengok abah masa dekat airport macam tak larat saja dengan wheel chair, muka innocent saja masa kami hantar di KLIA. Sekali sampai sana, anda tengok abah aku buat apa., kongsinya lagi.

Baca juga: “3 Hari Berturut Makan Kek”- Ibu Kongsi Tarikh Lahir Anak Dekat Dekat, Netizen Cakap Senang Nak Sambut!

bungee jumping

Gambar hantaran Threads @itsaisyafrq .

Dari naik ‘wheelchair’ di airport, terus buat aktiviti ekstrem

Menurut perkongsian tersebut, daripada kelihatan lemah di lapangan terbang, abahnya sebenarnya cukup bersemangat untuk mencuba pelbagai aktiviti mencabar.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuk bungee jumping dan skydiving, dua sukan ekstrem yang biasanya memerlukan keberanian tinggi serta tahap kesihatan yang baik.

“Dengan bungee jumping nya, dengan sky diving nya. Nak kena nasihat apa ni?” tulisnya secara berseloroh.

Video yang dimuat naik di TikTok turut memaparkan aksi bapanya melakukan terjunan bungee jumping dengan penuh yakin. Lebih menarik, abah wanita ini masih mengenakan songkok ketika membuat persediaan untuk melakukan aktiviti tersebut.

“Songkok tak tinggal ye haji hehehe. Dari Melaka ke New Zealand berbungee jumping ewahhhh bapak aku kemain,” tulisnya berseloroh di kapsyen video tersebut.

Baca juga: “Bukan Sebab Contact Lens”- Tular Kisah Pengantin Wanita Bersanding Tutup Mata, Kongsi Punca Sebenar!

Reaksi warga maya yang menghiburkan dan sama-sama teruja!

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif dan menghiburkan daripada warga maya. Ramai yang kagum melihat keberanian warga emas itu yang masih aktif dan bersemangat mencuba perkara baharu walaupun sudah berusia 68 tahun.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk:

  • “Maknanya abah kena tinggal dekat NZ lah. Sebab dekat sana dia segar bugar buat aktiviti lasak.”
  • “Hebat la pak cik! Saya buat tempat sama, tapi penakut, teragak-agak nak terjun. Pak cik terjun terus! Hebat! Semoga terus sihat walafiat macam ini.”
  • “Yang dekat airport naik wheelchair tu pun dia dah lama rancang, korang je lalai.”
  • “Wah your daddy, WIN! I like to see the seniors yang living life.”
  • “Lahhh awak tak tahu ke abah awak itu salah dimensi. Dia dekat Malaysia saja umur 68 tahun. Tapi dekat dimensi NZ dia baru saja celebrate birthday yang ke-28 tahun hehehe.”

Ada juga yang berseloroh mengatakan bapanya hanya “menyimpan tenaga” ketika di lapangan terbang sebelum melakukan aktiviti ekstrem di luar negara.

Dalam masa yang sama, ramai warga maya turut memuji semangatnya yang masih aktif menikmati kehidupan selepas menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selama bertahun-tahun.

Kisah ini secara tidak langsung memberi inspirasi bahawa usia bukanlah penghalang untuk mencuba sesuatu yang baharu selagi kesihatan mengizinkan. Kadangkala, selepas bertahun-tahun bekerja keras dan membesarkan keluarga, inilah masa terbaik untuk menikmati kehidupan dengan cara yang menggembirakan.

@itsaisyafrq Songkok tak tinggal ye haji 😆 Dari melaka ke new zealand berbungee jumping ewahhhh bapak aku kemain #newzealand #bungeejump ♬ original sound – mrsfrq


Sumber: Threads & TiKTok @itsaisyafrq

FT Image: @itsaisyafrq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×