Makin banyak kes gangguan mental dilaporkan di Malaysia sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa pentingnya diagnosis dan rawatan kesihatan mental di kalangan masyarakat.
Mungkin ramai antara kita yang tak tahu, MENTARI merupakan pusat komuniti yang dijaga di bawah Jabatan Psikiatri hospital-hospital kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ia adalah pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperbaiki capaian dan integrasi-semula terhadap orang yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Jom ketahui lanjut 5 fakta tentang MENTARI dan cara mendapatkan perkhidmatan kaunseling, saringan mental atau mendapatkan rawatan di fasiliti kerajaan ini.
5 Fakta Tentang MENTARI Malaysia
1. Apakah MENTARI
MENTARI merupakan pusat penjagaan dalam komuniti yang menyediakan khidmat saringan, diagnosis, rawatan dan pemulihan kepada mereka yang berhadapan dengan isu kesihatan mental di Malaysia.
MENTARI telah diwujudkan sebagai memenuhi keperluan Akta Kesihatan Mental 2001 yang menggariskan penambahbaikan perkhidmatan berteraskan komuniti dalam memperbaiki mutu kesihatan mental penduduk.
Akta ini merupakan batu loncatan ke arah usaha menaik taraf dan memasyarakatkan perkhidmatan psikiatri yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Telah Diwujudkan Sejak 2011
Pada tahun 2012, MENTARI pertama telah diwujudkan di Putrajaya, di bawah seliaan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya.
Dahulunya dikenali sebagai Pusat Kesihatan Mental Masyarakat, kini sebagai usaha penjenamaan imej dan strategi anti-stigma, nama MENTARI telah digunakan sebagai alternatif.
“MENTA” berasal dari perkataan ‘mental’ dan “RI” dari ‘psikiatri’.
3. Aktiviti
Selain memberi kaunseling dan khidmat nasihat serta rawatan, MENTARI juga menjalankan aktiviti seperti:
- Perkhidmatan Kesihatan Mental Komuniti
- Program Sokongan Pekerjaan
- Program Social Enterprise
- Kumpulan Sokongan Dan Pendidikan Kesihatan
4. Cara Jalani Ujian Saringan & Mendapatkan Rawatan Mental
MENTARI menerima kes pesakit mental yang telah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Selain itu, ia juga menerima kes-kes baru (walk in).
Jadi di sini pesakit akan membuat screening dan jika perlu mereka akan berjumpa doktor ataupun kaunselor.
Hubungi atau lawati MENTARI terdekat di tempat anda untuk maklumat lanjut.
5. Senarai 22 MENTARI Seluruh Malaysia
Sehingga kini, terdapat 22 buah Mentari di seluruh Malaysia dan masih ada beberapa Mentari lagi dalam perancangan untuk dibuka.
Berikut adalah senarainya:
Maklumat Lanjut & Perkhidmatan Berkaitan
Selain MENTARI, orang awam juga boleh menghubungi hospital atau beberapa badan lain untuk mendapatkan bantuan. Antaranya:
- Befrienders
- Pusat Kaunseling
- Mana-mana klinik kesihatan – jumpa Pakar Perubatan Keluarga untuk surat rujukan
- Mana-mana klinik psikiatri / hospital
Ingat ya, isu kesihatan mental bukanlah isu yang remeh dan tidak sepatutnya dilabel ‘gila’.
Hentikan stigma ini dan jangan abaikan kesihatan mental anda.
Dapatkan bantuan segera jika anda memerlukannya.