Sihat

Ada Lubang Telinga Extra? Ini 3 Informasi Yang Doktor Nak Anda Tahu

1.6K
SHARES

Sebelum ini kita hanya menganggap bahawa lubang extra di tepi telinga adalah perkara biasa. Namun, tahukah anda bahawa lubang kecil di tepi telinga ini perlu mendapat rawatan dan penjagaan yang rapi. Kalau tidak, kesannya anda yang akan rasa! Kuman boleh membiak tau.

ILMU LUBANG TELINGA EXTRA. Artikel 670.

“Tahu tak anda ada diantara kita ADA LUBANG TELINGA EXTRA? Mereka ni makhluk asing /ALIEN ke? Camana boleh terjadi?

imgur.com

Hai jadi doc ni banyak yg pelik doc ingin share dgn gang doc supaya kita dpt ILMU yg betui drp kena bohong dgn org tak tanggungjawab. Tadi pagi di Klinik doc, ada sorng MakAji….kesian dekat dia, kerap ada infeksi di atas cuping telinga kirinya bahgian atas lubang telinga. Bila doc periksa ada SATU lagi EXTRA lubang telinga kecil. Doc panggilnya LUBANG PREAURICULAR.

e-acfs.org

Apa itu lubang Telinga Preauricular / Preauricular Sinus?

Ia adalah kecacatan/ malformation berlaku semasa perkembangan janin. Pembentukan Kulit telinga TAK TERTUTUP sepenuhnya dalam pembentukkan telinga ketika dalam perkembangan janin. Lubang extra ni terletak bahgian atas telinga & bersaiz spt kepala pin je. Lebang ni biasa 1-2 cm. Boleh tersambung ke rawan telinga, lubang telinga atau kilang air liur parotid.

www.slideshare.net

Info yang doktor nak anda tahu

1. Ia TIADA FUNGSI. Tiada gegendang atau taik telinga.

2. Boleh jadi dalam Keturunan/ Waris.

3. Tau dak, ketika anda mandi basuh kepala, shampoo, air sabun, daki-daki & kelemumur anda BOLEH masuk BERTAPA dalam lubang telinga yang EXTRA ni. Lps tu KUMAN bermaharaja lela kat situ. Buat PESTA ramai-ramai, sampai bahagian telinga anda bengkak, merah, panas, sakit lalu BERNANAH. ( spt Vedio doc kepilkan sbgai ilmu. Tajamkan mata anda, lihat betul-betul ada satu lubang telinga EXTRA di sebelah tempat doc bedah nanah tu, nampak tak?)

Apa doc buat@ rawatan

1. Doc sembelih je / Operate nanah tu keluar & bagi antibiotik.
2. Kalau kerap berlaku infeksi, doc buat plastik surgery repair & renovate extra lubang telinga tu supaya TERTUTUP. Kan mudah, tiada infeksi lagi.

Camana sekarang? Anda seorg ALIEN ke? Cuba check cuping telinga anda….ada lubang telinga EXTRA tak?

Sumber: Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×