Euforia Bola 2026
Famili

“Dah Pesan Sekolah Tutup…”- Wanita Kehilangan Tiga Anak Sekelip Mata, Selepas Patah Balik Dari Sekolah

tiga beradik

Ibu sudah berpesan sekolah ditutup akibat jerebu, namun dua daripada tiga beradik itu tetap mahu ke sekolah. Abang mereka, Nor Daniel Aiman, 18, kemudian menghantar kedua-dua adiknya untuk melihat sendiri sama ada sekolah benar-benar ditutup sebelum mereka berpatah balik.

Tidak siapa menyangka, perjalanan pulang itu menjadi yang terakhir buat Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, Puteri Naufa Raisya, lapan tahun dan Aiman selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Parit Haji Siraj, pagi tadi.

Baca juga: Pekerja Makmal Terkejut, Berbelas Tahun Tak Jumpa Cacing Sebesar 24cm Dalam Sampel Najis Pesakit!

TIGA BERADIK MAUT DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

tiga beradik

Ibu mangsa, Julaiha Munaji ketika ditemui Buletin TV3 hari ini.

Lebih menyayat hati, ibu mereka, Julaiha Munaji, 42, sebenarnya sudah memberitahu kedua-dua anaknya bahawa sesi persekolahan di Johor ditutup pada hari berkenaan.

“Tahu, saya dah beritahu tak payah pergi sebab Johor tak sekolah hari ini. Tapi mereka berdua beria-ia dan berkeras nak pergi juga. Jadi abangnya tolong hantarkan untuk puaskan hati mereka, nak tunjukkan yang sekolah sebenarnya tutup,” katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah turut menunjukkan ketiga-tiga beradik itu tiba di sekolah sebelum berpatah balik selepas mendapati premis berkenaan ditutup.

Bagaimanapun, perjalanan pulang mereka berakhir tragedi apabila kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi, hanya 200 meter dari rumah.

Berita kemalangan disampaikan orang datang ke rumah

tiga beradik

Julaiha berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas seorang individu yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja datang ke rumah dan memaklumkan bahawa anak-anaknya terbabit dalam kemalangan.

“Ada budak nak pergi kerja datang ke rumah dan beritahu ayah saya yang cucu-cucunya kemalangan dekat situ. Ayah saya terus pergi ke tempat kejadian dan tengok dua orang daripadanya dah meninggal dunia. Manakala Aiman pula dibawa ke hospital. Itu sahaja yang saya tahu,” katanya.

Dalam kesedihan kehilangan tiga anak serentak, Julaiha turut mengimbas peribadi Aiman yang lebih pendiam tetapi gemar bergurau dengannya.

Lebih memilukan, ketiga-tiga beradik itu sangat rapat dan masih sempat meluangkan masa bersama keluarga pada malam sebelum kejadian.

“Aiman ni jenis pendiam, tapi kalau dengan saya dia suka bergurau. Mereka semua rapat dan malam tadi pun tidur sekali dengan kami,” katanya.

Baca juga: “Ibu Pernah Diugut”- Jururawat Ditik*m Enam Kali, Anak 12 Tahun Sempat Tolak Bapa Tiri

Kasut bola baru belum sempat dipakai

Ibu saudara mangsa, Norimah Khamis, 40, pula berkongsi satu lagi kenangan yang membuatkan kehilangan itu terasa lebih berat.

Menurutnya, Nor Daniel Fikri baru sahaja dibelikan kasut bola oleh ibunya tetapi belum sempat menggunakannya.

“Mak dia semua dah belikan kasut. Abang dia nombor dua tu, abang dia darjah enam tu dah belikan kasut bola dah, belum sempat pakai lagi.

“Mak dia dah cakap memang tak sekolah hari ni, tapi dia semangat sangat nak pergi sekolah, dia nak tengok juga sekolah tu betul tak sekolah,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×