Euforia Bola 2026
Famili

Kulit Breakout Ketika Mengandung? Kenali Punca & Cara Penjagaan Yang Betul

Breakout Ketika Mengandung

Kehamilan bukan sahaja mengubah bentuk badan, tetapi keadaan kulit juga boleh berubah secara drastik.

Ada ibu yang sebelum ini jarang mengalami masalah jerawat, tetapi mula berdepan masalah kulit berminyak dan naik biji-biji halus apabila mengandung.

Antara punca masalah ini berlaku adalah perubahan hormon sepanjang kehamilan. Jadi, kalau tiba-tiba wajah dipenuhi jerawat, jangan terus rasa risau atau menyalahkan produk penjagaan kulit yang digunakan.

Sebaliknya, sesuaikan rutin penjagaan wajah dengan keadaan kulit dan pilih produk dengan kandungan bahan yang mesra ibu mengandung.

Kenapa kulit mudah breakout ketika mengandung?

 Breakout Ketika Mengandung

Semasa mengandung, perubahan hormon boleh menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak.

Apabila minyak berlebihan bercampur dengan sel kulit mati, pori-pori senang tersumbat dan akhirnya menyebabkan jerawat atau breakout.

Pada masa sama, keadaan kulit setiap ibu juga berbeza. Selain masalah kulit berminyak, ada juga para ibu yang berdepan masalah kulit kering atau lebih sensitif.

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa tidak semua ibu hamil mengalami masalah breakout disebabkan hormon. Kadang-kadang, penggunaan produk penjagaan wajah yang tidak sesuai atau terlalu heavy juga boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah.

Jangan terus tukar produk penjagaan wajah

 Breakout Ketika Mengandung

Apabila breakout mula muncul, jangan panik dan terus cuba produk penjagaan kulit yang baru. Sebaliknya, cuba ubah rutin penjagaan wajah anda terlebih dahulu.

Rutin asas yang lembut selalunya sudah memadai buat ibu hamil. Cukup dengan menggunakan pencuci wajah yang lembut pada kulit, pelembap wajah yang sesuai dengan keadaan kulit dan akhir sekali, lengkapkan rutin penjagaan wajah anda dengan menggunakan sunscreen (pilih yang mesra ibu mengandung) untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.

Hal ini disokong oleh American Academy of Dermatology yang turut menyarankan rutin penjagaan kulit ketika hamil yang ringkas, termasuk menggunakan pencuci muka, pelembap dan sunscreen sekurang-kurangnya SPF 30.

Periksa kandungan bahan produk skincare

 Breakout Ketika Mengandung

Ini antara perkara yang tidak boleh dipandang ringan apabila sedang mengandung.

Sesetengah bahan dalam produk penjagaan kulit dan rawatan jerawat perlu dielakkan ketika hamil. Antaranya ialah retinoids seperti tretinoin, tazarotene dan isotretinoin.

Ingat, jangan terus menggunakan produk rawatan jerawat yang pernah digunakan sebelum mengandung tanpa menyemak kandungannya terlebih dahulu.

Untuk bahan tertentu seperti salicylic acid dan benzoyl peroxide pula, anda perlu berhati-hati ketika menggunakannya. Pastikan guna dalam dos yang disarankan. Sebaiknya, bincang dengan doktor atau pakar dermatologi jika anda benar-benar perlu menggunakannya.

Minta nasihat doktor atau pakar kulit

 Breakout Ketika Mengandung

Jika breakout semakin teruk, jerawat menjadi sakit, merah dan bernanah, sebaiknya anda cepat-cepat dapatkan nasihat profesional.

Doktor atau pakar dermatologi boleh membantu menentukan jenis jerawat dan mencadangkan rawatan yang sesuai dengan keadaan ibu serta tempoh kehamilan.

Ingat, jangan picit atau kopek jerawat kerana tindakan ini boleh menyebabkan kulit jadi lebih meradang dan meningkatkan risiko kesan atau parut.

Paling penting, jangan beli atau pakai produk rawatan jerawat tanpa mendapatkan nasihat doktor ketika hamil. Rawatan jerawat yang menggunakan bahan aktif tertentu mungkin perlu dielakkan sepanjang kehamilan.

Pada masa sama, elakkan mencuci wajah terlalu kerap atau menggunakan skrub yang kasar semata-mata untuk menghilangkan minyak pada kulit.

Ibu kena tahu, ketika breakout, kulit sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang lebih lembut, bukannya rawatan yang agresif.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×