Euforia Bola 2026
Kerjaya

Guna Kertas Kajang Buat Resume Mohon Kerja, Lelaki Ini Dipuji “Sekurang-Kurangnya Dia Ada Usaha”

MOHON KERJA

Usaha seorang pemuda yang menggunakan kertas Kajang untuk menyediakan resume ketika mahu mohon kerja mencuri perhatian selepas dikongsikan seorang pengguna Threads.

Menerusi hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai Amer Ucop berkongsi pengalamannya selepas pertama kali melihat seseorang menyediakan resume menggunakan kertas Kajang ketika memohon pekerjaan.

Baca juga: Kembar Empat, ‘Course’ Pun Sama! 4 Beradik Ini Daftar UTHM Serentak, Pilih Bidang Pengurusan Hartanah

MOHON KERJA GUNA KERTAS KAJANG SEBAGAI RESUME

MOHON KERJA

Amer Ucop berkata, perkara itu mungkin kelihatan agak luar biasa pada zaman kebanyakan urusan permohonan kerja dilakukan secara digital.

“First time dalam hidup aku tengok orang buat resume pakai kertas Kajang. Zaman sekarang ni kot,” katanya dalam hantaran tersebut.

Walau bagaimanapun, di sebalik keadaan itu, dia mengakui lebih menghargai usaha individu berkenaan yang tetap mengambil inisiatif untuk menyediakan resume bagi mendapatkan pekerjaan.

Menurutnya, penggunaan kertas Kajang tidak sepatutnya menenggelamkan usaha yang ditunjukkan oleh pemohon tersebut, terutama apabila dibandingkan dengan sesetengah individu yang menghubunginya untuk bertanyakan peluang pekerjaan.

Amer Ucop berkata, ada antara mereka yang meminta bantuan mendapatkan pekerjaan, namun tidak menyediakan resume apabila diminta.

“Tak ada resume boss. Tak reti buat. Nanti saya buat.”

MOHON KERJA

Antara alasan yang sering diterimanya sebelum individu berkenaan akhirnya tidak memberikan sebarang maklum balas.

Sehubungan itu, dia menyifatkan usaha pemohon yang menyediakan resume walaupun menggunakan kertas Kajang sebagai sesuatu yang wajar dihargai.

Baginya, kesungguhan untuk mencuba dan mengambil langkah pertama mendapatkan pekerjaan lebih penting daripada terlalu memikirkan soal kesempurnaan.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang melihatnya dari sudut berbeza, khususnya mengenai usaha seseorang dalam mencari pekerjaan.

Baca juga: Sudah Ada 13 Anak, Isteri Ustaz Budi Kini Hamil Bayi Kembar! Berdepan Preeklampsia Hingga Gigi Tertanggal

Sumber: Amer Ucop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×