Kerajaan Negeri Melaka memperkenalkan satu inisiatif yang memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga asnaf menerusi Skim Bantuan Pelajaran Anak Asnaf.
Menerusi skim ini, setiap bayi yang baru dilahirkan daripada pasangan yang tergolong dalam golongan asnaf akan menerima bantuan sebanyak RM3,000 yang disimpan dalam akaun pendidikan untuk kegunaan mereka apabila mencapai usia 18 tahun.
Baca juga: Kos Haji 2027 Kekal Untuk Tahun Keempat, Ini Senarai Penuh Bayaran Bagi B40, M40 Dan T20
NEGERI MELAKA KENALKAN SKIM BANTUANAN PELAJARAN ANAK ASNAF

Foto: Magnific
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, inisiatif berkenaan mula dilaksanakan pada Jun lalu.
Dalam tempoh dua bulan selepas diperkenalkan, seramai 30 bayi daripada keluarga asnaf di Melaka telah menerima manfaat skim tersebut.
“Setiap bayi asnaf yang baru lahir, kita akan membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk kita masukkan bantuan RM3,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Tunas Inspirasi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Kompleks Falak Al-Khawarizmi sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Maksud Skim Bantuan

Sekadar gambar hiasan
Secara ringkasnya, skim ini merupakan bentuk bantuan pendidikan yang disediakan kepada anak yang dilahirkan oleh pasangan asnaf di Melaka.
Bantuan sebanyak RM3,000 tidak diberikan secara tunai kepada keluarga untuk digunakan serta-merta. Sebaliknya, wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang dibuka untuk bayi terbabit.
Langkah tersebut membolehkan bantuan berkenaan disimpan untuk tempoh panjang dan digunakan bagi keperluan pendidikan anak apabila mereka mencapai usia yang ditetapkan.
Seramai 89 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) turut menerima anugerah pada majlis berkenaan.
Rahmad menjelaskan, wang yang disimpan itu hanya boleh dikeluarkan selepas bayi berkenaan mencapai umur 18 tahun.
“Selepas mengambil kira dividen yang bakal diterima dalam simpanan SSPN itu, jumlah yang tersimpan itu dijangka bertambah,” katanya.
Dengan tempoh simpanan yang panjang, bantuan awal RM3,000 berkenaan berpotensi menjadi simpanan pendidikan yang lebih besar apabila anak mencapai usia 18 tahun.
Sumber: Malaysia Gazette
