Euforia Bola 2026
Famili

Jemputan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Tidak Diberi Secara Automatik, Ini Penjelasan Penuh

hari kebangsaan

Kementerian Komunikasi tampil memberikan penjelasan berhubung tatacara jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan 2026 susulan beberapa pertanyaan mengenai kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada majlis yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada pagi 31 Ogos 2026.

Baca juga: Tular Video Baby ‘Beratur’ Tahnik Dengan Ustaz Azhar Idrus, Ramai Doakan & Teruja Lihat Momen Ini

TATACARA JEMPUTAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

HARI KEBANGSAAN

Penjelasan tersebut dikongsikan menerusi kenyataan media rasmi Kementerian Komunikasi pada 31 Ogos 2026.

Menurut Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026, terdapat tatacara pengurusan jemputan yang berkuat kuasa bagi sambutan berkenaan.

Berdasarkan pengesahan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri, yang menguruskan jemputan bagi acara-acara rasmi utama Kerajaan Persekutuan, jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan mempunyai tatacara tertentu.

Kementerian Komunikasi menjelaskan bahawa berdasarkan amalan sejak tahun 2018, jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada bekas Perdana Menteri.

Bagaimanapun, kehadiran mana-mana bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diuruskan melalui permohonan pihak berkenaan, selaras dengan tatacara serta pengurusan jemputan rasmi yang ditetapkan.

Tun Dr Mahathir ke luar negara dari 28 Hingga 31 Ogos

hari kebangsaan

Dalam kenyataan sama, Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 turut memaklumkan bahawa pihaknya menerima makluman daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung pergerakan Tun Dr Mahathir.

Menurut makluman tersebut, Tun Dr Mahathir dijadualkan ke luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026.

Perjalanan itu dibuat berdasarkan permohonan Kemudahan Berehat ke Luar Negara yang telah diterima dan diluluskan oleh Perdana Menteri.

Kelulusan berkenaan adalah selaras dengan ketentuan Saraan Bekas Perdana Menteri di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].

Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 menjelaskan perkara tersebut bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai tatacara jemputan serta pengurusan kehadiran bekas pemimpin dalam acara rasmi berkenaan.

Pihak urus setia turut merakamkan penghargaan atas perhatian dan pemahaman semua pihak berhubung perkara tersebut.

Baca juga: Sambutan Ambang Merdeka 2026 Lebih Meriah, Ini Senarai Lokasi Setiap Negeri Untuk Raikan & Tengok Bunga Api!

Sumber: Facebook Kementerian Komunikasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×