Euforia Bola 2026
Inspirasi

Baru 15 Tahun, Anak Sharifah Sofia Cipta Kejutan! Juara Ragbi, Raih Emas SUKMA Bawah 21 Tahun

sharifah sofia

Pelakon drama Nur Kasih dan filem Gol & Gincu, Sharifah Sofia, meluahkan rasa bangga terhadap anak perempuannya, Ariana, selepas melalui perjalanan selama dua bulan yang penuh dengan usaha, pengorbanan dan cabaran.

Menerusi perkongsian di media sosial, Sharifah Sofia berkata segala usaha keras anaknya akhirnya membuahkan hasil, malah pengalaman tersebut akan menjadi kenangan yang dibawa sepanjang hayat.

Baca juga: Seluar Dah Koyak, Murid Tetap Datang Sekolah Seperti Biasa… Cikgu Sebak & Belikan Pakaian Baru…

ANAK SHARIFAH SOFIA USIA 15 TAHUN RAIH EMAS RAGBI SUKMA

SHARIFAH SOFIA

Sharifah Sofia turut menyatakan rasa bangga apabila Ariana yang baru berusia 15 tahun sudah beraksi dalam kategori Bawah 21 Tahun.

“Saya sangat bangga dengan kamu, anak perempuan kesayangan saya! Baru berusia 15 tahun dan sudah bermain dalam kategori Bawah 21 Tahun. Kamu memang hebat! Ini baru permulaan, sayang. Banyak lagi yang akan menanti, insya-Allah,” ujarnya.

Pada usia 15 tahun, Ariana sudah membuktikan kemampuan dirinya apabila beraksi dalam kategori Bawah 21 Tahun dan bersaing bersama pemain yang lebih berusia.

Dalam pada itu, Sharifah Sofia turut menghargai sokongan daripada kumpulan ibu bapa yang dikenali sebagai Parents Osem, yang sentiasa bersama-sama memberikan semangat kepada para pemain.

Sharifah Sofia merakamkan penghargaan kepada barisan jurulatih, pengurus, ahli fisioterapi dan semua pihak yang banyak mencurahkan masa, tenaga, ilmu serta perhatian kepada para pemain.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih, pengurus, ahli fisioterapi dan semua yang telah mencurahkan masa, tenaga, ilmu serta sepenuh hati kepada anak-anak perempuan ini. Tiada kata-kata yang benar-benar dapat menggambarkan betapa bersyukurnya kami dengan kemenangan ini,” tulisnya.

SHARIFAH SOFIA

Selepas dua bulan yang panjang, Sharifah Sofia mengakui dia bukan sahaja bangga dengan pencapaian Ariana, malah berasa lega kerana anaknya akhirnya kembali ke rumah.

“Selepas dua bulan yang sangat panjang, walaupun saya amat berbangga dengan apa yang telah kamu capai, Ariana, saya juga benar-benar gembira kerana anak perempuan kesayangan saya akhirnya kembali ke rumah,” luahnya.

Baca juga: Dulu Menari ‘Baby Shark’, Kini Jadi Penyanyi K-Pop! Transformasi Bintang Cilik Baby Shark Boy Buat Ramai Cair

Sumber: Instagram Sharifah Sofia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×