Euforia Bola 2026
Sihat

Mesin Hidrogen ‘Kononnya’ Boleh Rawat Penyakit Kronik, KKM Tampil Beri Amaran Terutama Warga Emas!

Isu penggunaan ‘hydrogen inhaler’ atau mesin hidrogen yang didakwa mampu membantu merawat penyakit kronik kini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi kenyataan di media sosial, KKM memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai aktiviti penjualan dan promosi peranti berkenaan termasuk dakwaan berkaitan manfaat kesihatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Baca juga: Sukar Kencing, Rupanya Ada ‘Batu’ 3.1kg Dalam Pundi Kencing Lelaki Ini! Sama Berat Bayi Baru Lahir

VIRAL MESIN HIDROGEN RAWAT SAKIT KRONIK

MESIN HIDROGEN

Menurut KKM, orang ramai perlu berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan mengenai kesan rawatan atau manfaat kesihatan yang belum dibuktikan secara saintifik serta belum mendapat kelulusan pihak berkuasa.

KKM menegaskan bahawa mana-mana peranti perubatan yang dijual atau digunakan di Malaysia perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengikut Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti perubatan yang tidak berdaftar merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Sehubungan itu, pengguna disarankan menyemak terlebih dahulu status pendaftaran sesuatu peranti melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian atau menggunakannya.

Warga emas disaran lebih berwaspada

MESIN HIDROGEN

KKM turut memberi peringatan khusus kepada orang ramai, terutama golongan warga emas, supaya tidak mudah terpengaruh dengan promosi yang menjanjikan kesan rawatan terhadap penyakit tertentu.

Pengguna juga perlu berwaspada sekiranya aktiviti jualan menggunakan tekanan, rayuan emosi atau menyasarkan individu yang sedang berdepan masalah kesihatan.

Sebarang dakwaan berkaitan rawatan sesuatu penyakit seharusnya dinilai berdasarkan bukti saintifik dan tidak semata-mata bergantung kepada testimoni atau promosi penjual.

Orang ramai yang menemui aktiviti penjualan produk atau peranti perubatan tidak berdaftar, termasuk iklan yang mengelirukan, boleh membuat aduan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.

KKM pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pandangan daripada pengamal perubatan berdaftar bagi mendapatkan nasihat berkaitan keadaan kesihatan masing-masing.

Justeru, pengguna disaran supaya tidak menghentikan atau menggantikan rawatan yang sedang dijalani dengan sesuatu peranti atau kaedah alternatif hanya berdasarkan dakwaan promosi tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Baca juga: Ramai Suka Susun Ubat Dalam Pillbox, Tapi Pharmacist Tegur 2 Kesilapan Ini Boleh Cetus ‘Medication Error’

Sumber: KKM 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×