Euforia Bola 2026
Famili

Bapa Tak Sangka Viral Cari Buku Hilang Hasil Karya Anak Selama 3 Tahun, Akhirnya Naskhah Penuh Lukisan Ditemui!

buku hilang

Tidak menyangka sebuah hantaran mengenai buku hilang milik anaknya mendapat perhatian ramai, seorang bapa terkejut apabila kisah pencarian naskhah penuh lukisan itu tular di TikTok.

Baca juga: [VIDEO] Kasut Hilang Dalam Timbunan, Lelaki Ini Kongsi Cara Guna ChatGPT Sebagai ‘Penyelamat’!

BUKU HILANG KARYA 3 TAHUN ANAK, BAPA TAK SANGKA HANTARAN TIKTOK VIRAL

buku hilang

Fathullah Farid Zakaria, 39, berkata buku berkenaan bukan sekadar naskhah biasa kerana ia menyimpan hasil karya dan imaginasi anak sulungnya, Fateh Arsyad Fathullah Farid, 10, yang dikumpulkan selama kira-kira tiga tahun.

Kehilangan buku tersebut malah menyebabkan Fateh murung dan lebih banyak mendiamkan diri kerana terlalu sayangkan hasil karya yang dikumpulkannya sejak kecil.

“Saya tak sangka boleh viral sampai macam ini.” katanya.

PENGUMUMAN MENCARI BUKU HILANG MILIK FATEH

@faridzzakaria Kepada sesiapa yang ada menjumpai buku di Hospital KPJ Seremban pada 17/7/2026 kira2 3.30pm. Buku biru diari tulisan Haier di depannya ada sticker Wan Animation dan di dalam poket pertama ada kad Papazola. Uminya baru discharge, akibat leka buku tertinggal di lobi semasa menunggu ayahnya sampai ambil kereta. Bagi budak 10 tahun buku ni amat bermakna, buku ni sejak 2023 dia ada hasilkan lukisan komik planet2. Bila buku ni hilang dia breakdown. As parent kita dah nasihat lain kali jgn hilangkan barang tp kalau ada sesiap yang terjumpa amat bermakna bagi Fateh. Tq #kpj #papazola #wananimation #haier ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

Buku asalnya diari sebelum jadi komik

Menurut Fathullah Farid, buku itu pada asalnya merupakan sebuah diari yang diperoleh selepas keluarganya membeli pendingin hawa.

Namun, Fateh kemudiannya menggunakan buku tersebut sebagai medium untuk melukis dan menghasilkan karya sendiri sehingga akhirnya menjadi seperti sebuah buku komik peribadi.

“Buku itu hasil usaha dia selama tiga tahun, bila tahu buku itu hilang, dia rasa macam dunia dia gelap.

“Kejadian berlaku selepas kami sekeluarga pulang dari KPJ Seremban kerana isteri perlu menjalani pembedahan membuang batu karang,” ceritanya.

Fathullah Farid yang mempunyai tiga cahaya mata berkata, kejadian berlaku ketika mereka berada di lobi hospital.

Pada ketika itu, Fateh sedang bermain bola bersama beberapa kanak-kanak lain, manakala bapanya pergi mengambil kereta di kawasan parkir.

Mereka kemudian pulang ke rumah dan tiba kira-kira jam 5 petang. Sebaik berada di rumah, Fateh mula mencari buku kesayangannya di merata tempat sebelum menyedari naskhah tersebut tiada bersamanya.

Baca juga: Tanpa Peralatan…Lelaki Nekad Panjat Rumah Kedai Terbakar, Selamatkan 2 Kanak-Kanak Bersama Orang Awam

Bapa cuba tenangkan anak sebelum hubungi hospital

Melihat anaknya semakin murung, Fathullah Farid dan isterinya pada mulanya memberikan ruang kepada Fateh untuk bertenang. Mereka kemudian memujuknya supaya cuba mengingati semula tempat terakhir buku itu berada.

Pada malam kejadian, isterinya mencadangkan supaya mereka menghubungi pihak hospital bagi bertanyakan tentang buku berkenaan.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila pihak KPJ Seremban memaklumkan bahawa buku tersebut telah ditemui dan disimpan oleh bahagian keselamatan.

“Saya hubungi pihak KPJ Seremban dan mendapat khabar gembira apabila dimaklumkan bahawa buku berkenaan telah ditemui dan disimpan pihak keselamatan.

“Selepas jumpa buku itu, Fateh berbunga-bunga gembira,” ujarnya.

Kisah tersebut kemudiannya dikongsikan Fathullah Farid menerusi TikTok sebelum mendapat perhatian luar biasa daripada warga maya.

Apa yang menjadikan buku itu begitu berharga kepada Fateh bukan sekadar kerana tempoh tiga tahun yang digunakan untuk menghasilkannya, tetapi ia menjadi ruang untuknya menuangkan minat serta imaginasi melalui lukisan.

BUKU FATEH YANG HILANG DAH DITEMUI

@faridzzakariabuku fateh dah di jumpai. thank you KPJ Seremban simpankan. tq semua♬ Gerak Dulu – Jenerallee

Baca juga: [FOTO] Christiano Ronaldo & Georgina Rodríguez Nikah Di Ruang Tamu, Majlis Sederhana Di Kediaman Mewah Raih Pujian

Sejak kecil minat lukis, planet dan alam semesta

Menurut bapanya, minat Fateh terhadap buku tersebut berkait rapat dengan kecenderungannya dalam bidang lukisan dan sains sejak kecil. Malah, kanak-kanak itu mempunyai minat mendalam terhadap planet dan alam semesta.

“Dia sangat minat tentang sains. Waktu kecil, dia boleh tengok dokumentari tentang tornado dan gunung berapi ketika anak lain menonton kartun malah mampu mengingati pelbagai info tentang planet.

“Saya tidak banyak memberi tunjuk ajar tentang lukisan tapi cuma menceritakan kejayaan saya ketika muda dan dia jadikan aspirasi untuk melukis,” katanya.

Bagi Fateh, buku tersebut akhirnya bukan sekadar koleksi lukisan, sebaliknya menjadi rekod perjalanan kreativiti dan imaginasi yang dibina sejak usianya masih kecil.

HASIL KARYA FATEH SELAMA 3 TAHUN

@faridzzakaria kepada yang menantikan kami spill komik fateh tempoh hari, inilah dia apa yang ada dalam buku diari dia tu. Fateh anak sulung minat melukis macam ayah dia hehehe.. bercita-cita jadi astronaut. semua pasal planet mmg makanan dia. semoga fateh jadi anak cemerlang dunia akhirat. #wananimation #haier #papazola #monsta #kpj ♬ So Funny – Myhub

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×