Euforia Bola 2026
Cantik

Instant Bun Nampak Cantik, Tapi Awas! Sanggul Palsu Dalam Tudung Boleh Sebabkan Sakit Kepala & Rambut Gugur

sanggul rambut

Sanggul rambut palsu atau instant bun kini menjadi antara aksesori pilihan wanita yang mahu memberikan bentuk lebih kemas pada tudung. Namun, pemakaian aksesori berkenaan untuk tempoh yang panjang mungkin memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.

Baca juga: Selalu Sakit Tengkuk Walaupun Tak Salah Bantal? Jangan Terkejut, Stres Mungkin Punca Sebenarnya!

SANGGUL RAMBUT INSTANT BOLEH JADI PUNCA SAKIT KEPALA

SANGGUL RAMBUT

Menurut pengamal terapi holistik di Saffron, Dr Nurulasyikin Muda, ketidakselesaan pada kepala selepas memakai sanggul palsu tidak seharusnya dipandang ringan kerana boleh menjadi petanda tubuh sedang memberi isyarat.

Perkara itu dikongsikannya menerusi satu hantaran di TikTok selepas seorang pesakitnya mengadu mengalami sakit kepala selepas menggunakan sanggul palsu.

Menurut Dr Nurulasyikin, rambut yang diikat terlalu ketat atau ditambah dengan beban daripada sanggul palsu boleh menyebabkan ketegangan pada bahagian kulit kepala.

Walaupun rambut itu sendiri tidak mempunyai saraf, struktur tisu pada kulit kepala boleh menerima tekanan apabila rambut ditarik atau dikenakan beban tambahan dalam tempoh lama.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala akibat tarikan atau tekanan pada bahagian luar kepala, yang dikenali sebagai external traction headache.

Dia turut mengingatkan supaya rasa tegang, sakit atau tidak selesa ketika memakai sanggul palsu tidak dianggap perkara biasa.

Sakit kepala boleh buat seseorang mudah marah

Dr Nurulasyikin menjelaskan, apabila seseorang mengalami sakit kepala, mereka mungkin menjadi lebih mudah marah atau berasa tidak selesa tanpa menyedari puncanya.

Dalam keadaan tertentu, individu mungkin menganggap dirinya sedang mengalami tekanan sedangkan puncanya boleh berkait dengan cara rambut diikat, anak tudung yang terlalu ketat atau penggunaan aksesori tambahan seperti instant bun.

Bukan sekadar sakit kepala, penggunaan sanggul palsu dalam tempoh panjang juga dikaitkan dengan tekanan berterusan pada rambut.

Sanggul yang diletakkan di bawah tudung biasanya menghasilkan bentuk dan saiz tambahan pada bahagian belakang kepala.

Menurut Dr Nurulasyikin, keadaan tersebut boleh menyebabkan rambut di bahagian sekeliling turut menerima tarikan walaupun sanggul berkenaan tidak dilekatkan secara terus pada rambut.

Jika berlaku secara berterusan, tekanan terhadap rambut berpotensi menyebabkan rambut menjadi lemah dan meningkatkan risiko keguguran atau masalah rambut menipis.

Berat sanggul boleh pengaruh postur kepala dan leher

SANGGUL RAMBUT

Dari sudut fizik, berat tambahan di bahagian belakang kepala turut boleh mempengaruhi kedudukan kepala.

Apabila kepala sedikit tertarik ke belakang akibat beban, otot pada bahagian leher dan bahu perlu bekerja lebih kuat untuk mengekalkan keseimbangan.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang banyak menggerakkan kepala ketika bercakap atau melakukan aktiviti harian.

Keadaan itu boleh menyebabkan rasa lenguh atau ketidakselesaan pada bahagian leher, bahu, tangan dan lengan kerana struktur tersebut saling berkait dengan bahagian tulang belakang serviks.

Dr Nurulasyikin turut mengingatkan supaya tekanan berlebihan pada bahagian leher tidak dibiarkan tanpa perhatian.

“Kecantikan sebenar kita ini tidak sepatutnya menyeksa biologi badan. Kita boleh tampil kemas dan elegan. Tetapi tak perlulah mengorbankan kesihatan kulit kepala,” ujarnya.

Jika mengalami sakit kepala, keguguran rambut, sakit leher atau iritasi kulit kepala yang berterusan, dapatkan pemeriksaan daripada doktor atau profesional kesihatan untuk mengenal pasti punca sebenar.

@dr.asyikinSanggul instant bun cantik vs potensi botak♬ original sound – Dr. Asyikin

Baca juga: Betul Ke Minum Kopi Boleh Buat Nafsu Seksual Lelaki & Wanita Makin Membara? Ini Jawapannya…

Sumber: TikTok Dr. Asyikin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×