Selepas 22 tahun menanti kehadiran cahaya mata, pasangan dari Indonesia, Atminatus Zahra dan Afriza Yusuf Santoso, akhirnya bergelar ibu bapa apabila dikurniakan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan.
Lebih istimewa, pasangan itu menyambut kelahiran kedua-dua cahaya mata mereka selepas menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) di Surabaya, Indonesia.
KEHADIRAN CAHAYA MATA SELEPAS 22 TAHUN MENANTI

Bayi kembar berkenaan dilahirkan pada 2 Julai 2026 ketika Atminatus berusia 41 tahun dan kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Penantian yang panjang membuatkan Atminatus dan Afriza mengambil keputusan untuk mencuba kaedah IVF sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.
Pasangan itu menjalani beberapa peringkat rawatan di sebuah klinik kesuburan di Surabaya. Perjalanan mereka untuk mendapatkan cahaya mata bukan mudah apabila pemeriksaan doktor mendapati Atminatus mempunyai simpanan sel telur yang terhad.
Keadaan tersebut menyebabkan peluang kejayaan rawatan IVF yang dijalani mereka ketika itu dikatakan sangat rendah.
Meskipun berdepan kemungkinan tersebut, Atminatus dan Afriza tetap memilih untuk meneruskan usaha sehingga ke penghujungnya.
Berkongsi dengan BBC, Afriza menyifatkan rawatan IVF tersebut sebagai usaha terakhir mereka untuk mendapatkan zuriat selepas bertahun-tahun menanti.
Mereka juga sudah bersedia untuk menerima sekiranya rawatan itu tidak membuahkan hasil.
“Sebenarnya ini perjuangan terakhir. Kalau hasilnya masih nihil, mahu tidak mahu pasrah saja. Tapi, syukur Alhamdulillah, ini semua terjadi,” katanya.
Tidak disangka, usaha pasangan itu akhirnya membuahkan hasil apabila Atminatus disahkan hamil. Lebih menggembirakan, pemeriksaan kemudiannya mendapati kandungan tersebut merupakan bayi kembar seorang lelaki dan perempuan.

Selamat lahirkan bayi kembar pada usia 41 tahun
Selepas melalui tempoh kehamilan selama kira-kira sembilan bulan, Atminatus akhirnya melahirkan kedua-dua bayinya pada 2 Julai lalu.
Kelahiran tersebut menjadi detik yang amat bermakna buat pasangan berkenaan selepas lebih dua dekad menanti untuk merasai pengalaman bergelar ibu dan bapa.
Kedua-dua bayi dilaporkan dilahirkan dalam keadaan sihat dan kini melengkapkan keluarga kecil mereka. Kisah Atminatus dan Afriza menjadi bukti bahawa perjalanan mendapatkan zuriat setiap pasangan mempunyai cerita tersendiri.
Walaupun terpaksa menunggu selama 22 tahun dan berdepan cabaran perubatan, pasangan ini tetap memilih untuk mencuba sehingga akhirnya doa dan penantian mereka berakhir dengan kehadiran sepasang bayi kembar.
View this post on Instagram
Baca juga: “Ceraikan Aku Sekarang”– Suka-Suka Buat Trend Lafaz Cerai Di Threads, Menteri Agama Beri Peringatan
Sumber: Pop Mama
