Euforia Bola 2026
Rakyat

Misteri Dua Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Sejak 11 Ogos, Asyraf Wajdi Rayu Doa Orang Ramai

pelajar hilang

Dua pelajar hilang dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka sejak 11 Ogos lalu, menyebabkan pihak sekolah, keluarga dan pihak berkuasa kini giat mengesan keberadaan mereka.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut memohon orang ramai mendoakan agar kedua-dua pelajar berkenaan, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, ditemukan semula dengan selamat serta dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Baca juga: Guru Ditahan Selepas Didakwa Ketuk Kepala Murid, Pukul Ibu Menggunakan Tongkat!

DUA PELAJAR HILANG DARI MRSM ALOR GAJAH, ASYRAF WAJDI MOHON DOA ORANG RAMAI

pelajar hilang

Foto: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Menerusi hantaran di media sosial, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata doa daripada orang ramai amat diharapkan bagi membantu usaha mencari kedua-dua pelajar Tingkatan Empat berusia 16 tahun itu.

Beliau turut berkongsi bahawa pemberian sokongan dan doa pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan amat bermakna buat keluarga kedua-dua pelajar yang sedang menanti kepulangan mereka.

“Di pagi Jumaat barakah ini tolong doakan supaya dua pelajar MRSM Alor Gajah yang hilang kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat,” katanya.

Kedua-dua pelajar kali terakhir dilihat di TBS

pelajar hilang

Foto: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Berdasarkan poster hebahan yang dikongsikan, kedua-dua pelajar berkenaan dipercayai kali terakhir dilihat di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Siti Nur Aaira dilaporkan mempunyai ciri fizikal kulit cerah sederhana atau kecoklatan, berbadan kurus dan tinggi. Dia kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam.

Manakala Nur Aisy Humaira pula dilaporkan kali terakhir dilihat memakai pakaian berwarna gelap.

Menurut maklumat dalam poster tersebut, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kedua-dua pelajar diminta menghubungi nombor telefon yang disediakan bagi membantu usaha mengesan mereka.

Polis giat jalankan usaha mengesan pelajar terbabit

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kedua-dua remaja terbabit daripada seorang guru pada jam 10.46 malam, 11 Ogos lalu.

Beliau berkata, pihak polis kini menjalankan usaha mengesan kedua-dua pelajar berkenaan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.

Menurutnya, Siti Nur Aaira Aidi, 16, mempunyai ketinggian 157 sentimeter dan berat 50 kilogram. Remaja itu berkulit gelap serta beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

Remaja kedua pula dikenali sebagai Nur Aisy Humaira Mohd Saad, 16, mempunyai ketinggian dan berat sama serta berkulit cerah,” katanya dalam kenyataan.

Alamat terakhir Nur Aisy Humaira pula adalah di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua pelajar boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrul Izwan Mohd Suffian di talian 017-8180106 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan menerusi nombor telefon yang tertera dalam poster hebahan iaitu 013-299 4303, 019-765 2404 atau 019-2370810.

Baca juga: Nak Dapat RM50? Majlis Bandaraya Seremban Tawar Insentif Kepada Warganegara Yang Serah Anjing Terbiar

Sumber: Berita Harian dan Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×