Bahang Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) semakin terasa apabila peminat muzik tanah air bakal menyaksikan pentas ini, namun tidak semua berpeluang hadir ke Unifi Arena.
Jangan risau kerana kemeriahan acara berprestij itu tetap boleh dirasai dari rumah menerusi aplikasi Tonton dalam kempen “Jom Tonton Di Rumah”.
Baca juga: Jaya Grocer & HYROX Malaysia Bergabung, Kini Ada Seksyen Khas Untuk Anda Mulakan Gaya Hidup Aktif!
LAYAN AJL40 DARI RUMAH, TAK PERLU RISAU KETINGGALAN

Menerusi kempen berkenaan, penonton berpeluang mengikuti AJL40 secara langsung dalam Full HD, sekali gus membolehkan mereka menikmati persembahan finalis serta pelbagai segmen istimewa dengan lebih mudah dan fleksibel.
Selain persembahan finalis AJL40, penonton juga berpeluang menyaksikan persembahan pembukaan dan selingan daripada barisan penyanyi popular tanah air.
Lebih menarik, kemeriahan empat dekad AJL turut dibawa ke skrin menerusi paparan semula persembahan ikonik daripada edisi-edisi terdahulu.
Jadi, walaupun tidak berada di Unifi Arena, peminat masih boleh mengikuti detik penting AJL40 dari keselesaan rumah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Baca juga: 16,000 Sudah Sertai Tonton Non Stop, On Top!, Peluang Terakhir Menang GAC Emkoo Kini Dibuka!

Bukan sekadar tonton, boleh undi persembahan pilihan
Menariknya, peminat bukan sahaja boleh menonton persembahan finalis, malah turut berpeluang menjadi sebahagian daripada penentuan Anugerah Persembahan Terbaik AJL40.
- Undian akan dibuka pada 15 Ogos 2026, jam 9.00 malam, dan berlangsung sehingga selepas persembahan finalis terakhir AJL40.
- Untuk mengambil bahagian, peminat perlu melanggan Tonton 3 Bulan yang mula ditawarkan pada 10 Ogos 2026.
- Setiap langganan memberikan 300 kredit undian yang boleh digunakan untuk menyokong finalis pilihan sepanjang tempoh undian.
- Satu akaun Tonton pula boleh melanggan pelan tersebut sehingga maksimum 10 kali.
Dengan adanya akses kepada kandungan AJL terdahulu serta kemudahan menonton menerusi pelbagai peranti, peminat boleh mengikuti perjalanan AJL40 tanpa perlu risau terlepas detik-detik menarik.
Jadi, kalau tidak berkesempatan ke Unifi Arena, jangan terus rasa kecewa.
Jom tonton AJL40 dari rumah menerusi Tonton dan jangan lupa undi persembahan finalis pilihan anda!
Baca juga: Tonton Non Stop, On Top! Umum 223 Pemenang & Nantikan Pengumuman Rasmi Pemilik TQ Wuling Bingo EV!
