Euforia Bola 2026
Famili

Bekas Tentera Terlepas Tali Gantung, Hukuman Bu*uh Anak Perempuan Umur 9 Tahun Diganti Penjara 40 Tahun

HUKUMAN MATI

Seorang bekas anggota tentera terselamat daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan, menerusi keputusan majoriti 2-1, untuk menggantikannya dengan hukuman penjara selama 40 tahun serta 12 sebatan atas kesalahan membunuh anak perempuan kandungnya lapan tahun lalu.

Baca juga: “Tak Berkedut Langsung!”- Tudung Tertinggal Di Rumah, Suami Jadi Tukang Hantar Selamatkan Isteri Sebelum Masuk Pejabat

HUKUMAN MATI BEKAS ANGGOTA TENTERA DIGANTI PENJARA 40 TAHUN, 12 SEBATAN

HUKUMAN MATI

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Nordin Hassan bersama Datuk Seri Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebulat suara mengekalkan sabitan terhadap Mohammad Abdullah Mohamed, 44, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mahkamah mendapati tiada miscarriage of justice dalam keputusan mahkamah terdahulu yang mensabitkan perayu bersalah. Oleh itu, sabitan dikekalkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Hakim Nordin.

Mengenai hukuman, Hakim Nordin memaklumkan berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan panel hakim apabila dua daripada mereka berpendapat hukuman mati wajar digantikan dengan hukuman penjara.

“Saya bagaimanapun tidak bersetuju dengan kedua-dua panel hakim ini kerana bagi saya, ini merupakan satu kes yang hukuman mati sepatutnya dikekalkan. Namun, kamu bernasib baik kerana majoriti panel dalam kes ini bersetuju hukuman mati digantikan dengan hukuman penjara.

“Mereka berpendapat hukuman yang sesuai bagi kes ini ialah penjara 40 tahun dari tarikh tangkap (31 Jan 2018) serta 12 sebatan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Seremban pada 22 Ogos 2023 menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh selepas didapati bersalah membunuh Nur Aina Nabihah, 9, di sebuah rumah di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 31 Januari 2018.

Keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 26 Jun 2025.

Semasa prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan, peguam Afifuddin Ahmad Hafifi berhujah bahawa sabitan terhadap anak guamnya tidak selamat kerana mahkamah sebelum ini menerima keterangan saksi pendakwaan ke-18 (SP18), iaitu abang mangsa, tanpa menjalankan ujian kompetensi bagi menentukan kelayakannya memberikan keterangan secara bersumpah.

Beliau turut berpendapat kemampuan intelektual seseorang saksi untuk menjawab soalan dengan munasabah sahaja tidak memadai bagi membolehkan keterangannya diterima oleh mahkamah.

Peguam mohon mahkamah pertimbang peluang kedua

HUKUMAN MATI

Selain itu, peguam berkenaan memohon agar mahkamah mempertimbangkan peluang kedua kepada anak guamnya dengan mengambil kira bahawa tertuduh sendiri membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menegaskan SP18 yang berusia 15 tahun ketika memberi keterangan memahami setiap soalan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Menurut beliau, SP18 mendedahkan bahawa dia dan adiknya dihukum oleh bapa mereka kerana tidak menunaikan solat sebelum diarahkan melakukan 500 kali pumping dan sit up.

“Apabila si mati tidak larat berbuat demikian, si mati diterajang dan dipijak perut oleh tertuduh hingga menyebabkan pankreasnya terbelah. Tulang rusuk si mati juga patah dan ada kesan cekikan pada leher dan hentakan di kepala.

“Penderaan telah berlaku dalam kes ini dan terdapat 23 kecederaan luka luaran pada jasad si mati… perayu tidak layak diberikan peluang kedua dan orang ramai mahukan hukuman mati diberikan dalam keadaan kes ini,” katanya yang memaklumkan perayu tidak pernah menunjukkan penyesalan.

Selepas prosiding selesai, Wan Shaharuddin berkata pihak pendakwaan menghormati keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara selama 40 tahun.

Baca juga: Bayi 9 Bulan Masuk ICU Selepas Didakwa Dituang Gam Ke Dalam Mulut, Polis Tahan Ibu Saudara

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×