Kematian seorang doktor pelatih yang ditemui berhampiran pagar hospital tempatnya bertugas pada 14 Julai lalu menggemparkan masyarakat selepas pelbagai persoalan timbul mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
Hampir tiga minggu selepas siasatan dijalankan, pihak polis akhirnya mengumumkan hasil siasatan yang menjelaskan punca kematian doktor berkenaan berdasarkan bukti forensik, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta pemeriksaan terhadap telefon bimbit mangsa.
DOKTOR PELATIH MAUT SUNTIK DIRI SENDIRI, DITEMUI BERSEMUT TEPI HOSPITAL

Gambar tular di media sosial.
Menurut laporan portal media antarabangsa, doktor yang dikenali sebagai Dr. Alex ditemui tidak bernyawa di kawasan semak berhampiran hospital tempatnya menjalani latihan.
Di lokasi kejadian, pihak berkuasa turut menemui sebuah beg mengandungi beberapa peralatan perubatan termasuk stetoskop, ubat anestesia Propofol, ampul Lidocaine, picagari yang mengandungi Fentanyl Citrate serta Rocuronium Bromide.
Ubat Rocuronium dicucuk ke dalam badan
Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan cucukan pada bahagian belakang tangan kiri mangsa yang dipercayai menjadi laluan masuk ubat Rocuronium (ubat pelali otot) ke dalam badan.
Pemeriksaan toksikologi turut mengesan kandungan Rocuronium dalam air kencing dan buah pinggang mangsa.
Menurut pakar forubatan forensik, ubat tersebut boleh menyebabkan kelumpuhan pada otot pernafasan sehingga membawa kepada asfiksia atau kegagalan bernafas.
Sementara itu, kesan lebam yang ditemui pada bahagian kepala mangsa disahkan berlaku selepas kematian akibat aktiviti serangga, sekali gus menolak dakwaan bahawa kecederaan itu berpunca daripada serangan fizikal.
Analisis makmal forensik juga mendapati kesan DNA pada alat suntikan yang ditemui sepadan dengan DNA mangsa.
Selain itu, rakaman CCTV dari dua lokasi berasingan menunjukkan Dr. Alex berjalan bersendirian menuju ke lokasi kejadian pada malam sebelum mayatnya ditemui tanpa kehadiran individu lain.
Baca juga: Janji Urus Pindah Sekolah Bertukar Mimpi Ngeri, Pekerja Hotel Amang Seksual Anak Tunang!

Gambar tular di media sosial.
Tekanan hidup dan hutang dipercayai antara faktor
Siasatan turut melibatkan penilaian psikologi forensik yang mendapati mangsa dipercayai mengalami tekanan psikologi akibat beberapa faktor, termasuk masalah kewangan, beban mengikuti latihan perubatan serta tanggungjawab terhadap keluarga.
Dr. Alex yang sedang mengikuti latihan dalam bidang anestesi juga mempunyai pengetahuan serta akses kepada ubat-ubatan anestesia yang digunakan dalam siasatan.
Pemeriksaan terhadap telefon bimbitnya turut menemukan satu mesej yang dipercayai ditujukan kepada isterinya tetapi tidak sempat dihantar, “Maaf sayang, aku sudah tidak tertolong lagi.”
Selain itu, penyiasat turut menemui rekod berkaitan hutang pinjaman dalam talian, perbelanjaan berlebihan serta beberapa catatan peribadi yang masih dikunci menggunakan sistem keselamatan peranti.
Sumber: RiauPos.co
