Bagi ibu bapa yang telah membuat permohonan kemasukan ke prasekolah KPM 2027, semakan keputusan kini boleh dibuat bermula 5 Ogos, hari ini.
Pendidikan prasekolah merupakan antara langkah awal yang penting dalam membentuk perkembangan kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan
Baca juga: Trend Susukan Anak & Selfie Di Tempat Awam Jadi Isu, Ramai Kata Perbuatan Tak Manis… Apa Kata Islam?
SEMAKAN PRASEKOLAH KPM 2027 BERMULA HARI INI

Selain menyemak status permohonan, ibu bapa juga diberi peluang untuk mengemukakan rayuan sekiranya permohonan anak tidak berjaya.
Keputusan permohonan kemasukan ke prasekolah KPM boleh disemak mulai 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan) melalui dua kaedah berikut:
1. Semakan secara dalam talian
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan secara dalam talian melalui portal ePrasekolah KPM di: https://eprasekolah.moe.gov.my
2. Semakan secara manual
Semakan juga boleh dibuat dengan hadir ke sekolah yang dipohon bermula 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan).
Bagi ibu bapa atau penjaga yang permohonannya tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.

Kredit: Utusan Malaysia
Terdapat dua kaedah rayuan bergantung kepada cara permohonan dibuat:
Permohonan secara dalam talian
Rayuan boleh dibuat melalui portal ePrasekolah KPM di: https://eprasekolah.moe.gov.my
Permohonan secara manual
Bagi permohonan yang dibuat secara manual, rayuan boleh dikemukakan di:
- Sekolah yang dipohon; atau
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); atau
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tidak mempunyai PPD
Keputusan rayuan boleh disemak mulai 10 September (tertakluk kepada pindaan). Bagi rayuan yang dibuat secara dalam talian, semakan boleh dibuat melalui portal ePrasekolah KPM.
Manakala bagi rayuan yang dikemukakan secara manual, ibu bapa boleh menyemak keputusan di lokasi rayuan dihantar. Pihak sekolah juga akan memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga sekiranya rayuan berjaya.
Ibu bapa yang telah membuat permohonan disarankan menyemak keputusan mengikut tarikh yang ditetapkan dan mengemukakan rayuan dalam tempoh diberikan sekiranya permohonan anak tidak berjaya.
Dengan peluang pendidikan awal yang disediakan, kanak-kanak dapat memperoleh asas pembelajaran yang lebih kukuh sebelum melangkah ke alam persekolahan formal.
Baca juga: Pelajar Umur 12 Tahun Meninggal Dunia Secara Mengejut, Mengadu Sakit Kepala Ketika Latihan Silat
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
