Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Tragedi Di Padang! Seorang Maut Disambar Petir, Rakyat Malaysia Antara 12 Pemain Bola Sepak Cedera

disambar petir

Suasana sebuah kejohanan bola sepak di Sungai Golok, Thailand bertukar tragedi apabila beberapa pemain disambar petir sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala FA Golok pada petang Selasa.

Dalam kejadian itu, seorang pemain bola sepak warga Thailand disahkan maut, manakala 12 lagi mengalami kecederaan termasuk seorang rakyat Malaysia.

Baca juga: “Masakan Masih Dalam Kuali..”- Jururawat Pergi Selamanya Selepas Habis Syif Malam, Sempat Peluk Suami & Anak

PADANG BOLA DISAMBAR PETIR, SEORANG MAUT & RAKYAT MALAYSIA ANTARA 12 PEMAIN BOLA SEPAK CEDERA

disambar petir

Gambar polis Thailand: Seorang rakyat Malaysia antara 12 pemain bola sepak cedera selepas padang disambar petir dalam satu kejohanan di Sungai Golok.

Menurut Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Polis Thun Sirikhunt, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan di Stadium Santiphap ketika hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

Beliau berkata, perlawanan separuh akhir antara pasukan SAMCOLTS dan Abu x Nong Sirin sebenarnya sudah pun tamat, sebelum satu sambaran petir mengenai kawasan tengah padang ketika para pemain masih berada di situ.

“Insiden berkenaan mengakibatkan satu kematian dan 12 yang lain mengalami kecederaan.

“Pasukan polis segera ke lokasi kejadian untuk memeriksa mangsa yang cedera dan, bersama seorang doktor, menjalankan proses bedah siasat ke atas mangsa yang meninggal dunia mengikut prosedur undang-undang,” katanya ketika dihubungi malam semalam.

Baca juga: [VIDEO] Kes Pilot Seludup D*dah: Polis Dedah Bekalan Diambil Di Ampang, ‘Orang Dalam’ KLIA Turut Disiasat

disambar petir

Tangkap layar daripada video kejadian.

Rakyat Malaysia antara pemain yang cedera

Pemain dari Malaysia yang cedera dikenal pasti sebagai Mohammad Alif Ezzahan Zulkifli yang beraksi bersama SAMCOLTS, sebuah pasukan campuran yang dianggotai pemain dari Thailand dan Malaysia.

Difahamkan, Kelantan FC merupakan pasukan dari Malaysia yang menyertai kejohanan berkenaan, manakala mangsa lain yang terjejas turut terdiri daripada pemain komuniti bola sepak tempatan.

Sementara itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Safwan Awe, pemain sayap Yala FC dari Thailand.

Kesemua pemain yang cedera segera dihantar ke Hospital Sungai Golok untuk menerima rawatan lanjut. Thun berkata, pihak polis akan meneruskan siasatan dan mengambil tindakan lanjut mengikut prosedur undang-undang.

*Insiden ini menjadi peringatan bahawa risiko disambar petir boleh berlaku ketika cuaca buruk, terutama di kawasan lapang seperti padang bola.

Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan perlindungan sekiranya hujan lebat disertai kilat dan guruh, serta mengelakkan berada di kawasan terbuka sehingga keadaan benar-benar selamat.

Sumber: Berita Harian

FT Image: X @RedSkullxxx

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×