Kubis goreng sememangnya menjadi antara hidangan kegemaran ramai. Sama ada dimasak di kedai makan atau di rumah, rasanya yang rangup dan sedikit hangus membuatkan hidangan ini lebih menyelerakan.
Namun, tahukah anda bahawa makanan yang dimasak pada suhu terlalu tinggi sehingga bertukar keperangan atau sedikit hangus berpotensi menghasilkan sebatian dikenali sebagai acrylamide?
KUBIS GORENG BOLEH JADI PUNCA KANSER

Sebatian ini sering menjadi perhatian pakar kesihatan kerana kajian mendapati ia berpotensi meningkatkan risiko kanser apabila seseorang terdedah dalam kuantiti yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Acrylamide ialah sebatian kimia yang boleh terbentuk secara semula jadi apabila makanan tertentu dimasak pada suhu melebihi 120°C melalui proses menggoreng, membakar atau memanggang.
Boleh terbentuk apabila hasil tindak balas antara gula semula jadi dan sejenis asid amino yang dikenali sebagai asparagine, iaitu tindak balas yang turut menghasilkan warna perang keemasan serta aroma yang menyelerakan pada makanan.
Makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat atau kanji lebih tinggi mempunyai potensi lebih besar menghasilkan acrylamide apabila dimasak menggunakan haba yang tinggi.
Walaupun kubis dikenali sebagai sayuran yang kaya dengan vitamin, serat dan antioksidan, cara penyediaannya memainkan peranan penting terhadap nilai pemakanannya.
Kubis yang dimasak menggunakan api terlalu besar atau digoreng sehingga bertukar perang dan sedikit hangus berpotensi menghasilkan acrylamide.
Semakin tinggi suhu memasak dan semakin lama tempoh memasak, semakin tinggi kemungkinan pembentukan acrylamide.

Kredit: Gemini AI
Betul ke boleh sebabkan kanser?
Acrylamide merupakan sebatian yang diberi perhatian oleh pakar keselamatan makanan kerana ia diklasifikasikan sebagai bahan yang berpotensi menyebabkan kanser kepada manusia. Oleh itu, pendedahan terhadap sebatian ini disarankan supaya diminimumkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Walaupun acrylamide boleh terbentuk secara semula jadi ketika makanan dimasak pada suhu tinggi, ia tidak bermaksud seseorang akan menghidap kanser hanya kerana sekali-sekala menikmati kubis goreng atau makanan yang dipanggang.
Sebaliknya, risiko lebih dikaitkan dengan pendedahan yang berulang dan pengambilan makanan yang mengandungi acrylamide secara kerap dalam tempoh yang panjang.
Atas sebab itu, pakar menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang terlalu garing atau hangus serta mengamalkan diet yang seimbang bagi membantu mengurangkan pendedahan kepada sebatian ini.
Sebaliknya, amalkan beberapa langkah berikut:
– Elakkan menggoreng makanan sehingga terlalu perang atau hangus.
– Gunakan suhu sederhana ketika memasak.
– Kurangkan tempoh menggoreng atau memanggang.
– Pelbagaikan kaedah memasak seperti mengukus, merebus atau menumis.
– Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
– Amalkan pemakanan yang seimbang dan tidak berlebihan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Buletin TV3, PubMed Central & IPB Indonesia
