Sirap Limau memperkenalkan Pentas Little Star, sebuah pertandingan bakat khas untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun yang berlangsung bermula 3 Ogos hingga 30 September 2026.
Mengangkat tema “Kecil-Kecil Dah Meletup”, kempen ini diwujudkan sebagai platform untuk memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan kebolehan mereka dalam suasana yang menyeronokkan.
Baca juga: “Akak Tolong Saya…”- Jururawat Kongsi Kisah Jaga Pesakit Susuk, Terlantar 3 Bulan Sebelum Meninggal
SIRAP LIMAU LANCAR KEMPEN PENTAS LITTLE STAR

Menerusi pertandingan ini, peserta bebas mempersembahkan bakat dalam pelbagai kategori seperti nyanyian, tarian, lakonan, permainan alat muzik, penceritaan dan pelbagai lagi bentuk persembahan kreatif.
Menurut Ketua Kandungan Editorial Sirap Limau, Anis Amirah, setiap kanak-kanak memiliki bakat serta keistimewaan tersendiri yang wajar diberikan ruang untuk berkembang.
“Pentas Little Star diwujudkan bukan sekadar untuk mencari pemenang, sebaliknya menjadi medium yang membantu kanak-kanak membina keyakinan diri, berani tampil di hadapan orang ramai dan mencipta pengalaman bermakna bersama keluarga.
“Pengalaman menyertai pertandingan seperti ini mampu menjadi titik permulaan kepada perkembangan bakat serta minat anak-anak dalam bidang kreatif,” jelasnya,
Sementara itu, Pengurus Kempen, Siti Haidatina berkata, Pentas Little Star turut memberi penekanan terhadap penglibatan ibu bapa dalam menyokong perkembangan bakat anak-anak.
Menurutnya, pertandingan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk meneroka potensi diri dan berkongsi kreativiti mereka bersama masyarakat menerusi kandungan yang positif.
“Saya berharap lebih ramai keluarga akan mengambil peluang menyertai kempen ini sebagai satu aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan, malah mampu meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi kanak-kanak,” katanya.
Cara Menyertai Pentas Little Star
Penyertaan dibuka kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun yang merupakan warganegara Malaysia. Mereka boleh menyertai pertandingan sama ada secara individu mahupun berkumpulan.
Untuk mengambil bahagian, peserta hanya perlu merakam video persembahan berdurasi maksimum 90 saat dan memuat naiknya ke TikTok menggunakan akaun ibu bapa atau penjaga.
Bagi memastikan penyertaan berlangsung dalam persekitaran yang selamat dan positif, semua kandungan yang dihantar mestilah sesuai untuk tontonan keluarga selain mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Sepanjang tempoh kempen, perkembangan pertandingan serta kandungan eksklusif berkaitan Pentas Little Star akan dikongsikan menerusi platform media sosial Sirap Limau menggunakan tanda pagar rasmi #PentasLittleStar dan #SirapLimau.
Kemuncak Pentas Little Star bakal berlangsung pada 29 September 2026 menerusi segmen khas di program Wanita Hari Ini (WHI).
Seorang peserta terbaik akan dipilih untuk membuat persembahan di pentas WHI sebelum pemenang utama diumumkan selepas melalui proses penilaian akhir oleh pasukan Sirap Limau.

Hadiah Menarik Menanti Pemenang
Pemenang utama Pentas Little Star akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, plak penghargaan, sijil penyertaan serta barangan eksklusif Sirap Limau.
Dalam masa sama, empat pemenang saguhati turut akan menerima hadiah wang tunai RM200 setiap seorang berserta barangan rasmi Sirap Limau.
Melalui penganjuran Pentas Little Star, Sirap Limau berharap dapat terus menjadi platform yang memberi inspirasi kepada keluarga Malaysia dengan menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengembangkan bakat, membina keyakinan diri serta menghargai kreativiti sejak usia muda.
View this post on Instagram
Baca juga: Wan Sharmila Tinggalkan Dunia Seni, Kini Bergelar Mutawif Demi Menyantuni Tetamu Allah SWT
