Euforia Bola 2026
Asuh

“Utamakan Fatima”– Fazura Minta Semua Pihak Berhenti Campur Tangan, Pilih Co-Parenting Dengan Fattah Amin

co parenting

Co parenting Fazura dan Fattah Amin menjadi tumpuan apabila kedua-duanya memilih untuk mengutamakan kebajikan anak mereka, Nur Fatima Aisya selepas tidak lagi bergelar pasangan.

Dalam satu siaran langsung di TikTok, Fazura menyeru orang ramai agar menghormati ruang mereka dan tidak mencampuri usaha untuk membesarkan Fatima dalam suasana harmoni.

Baca juga: “Jangan Buka Cerita Di Media Sosial”– Safee Sali Tegur Kakak ‘Backup’ Bekas Isteri, Minta Henti Dedah Hal Keluarga

FAZURA PILIH CO PARENTING DEMI KEBAHAGIAAN FATIMA

CO PARENTING

Menurut Fazura, keutamaan mereka kini adalah memastikan kebahagiaan serta kesejahteraan anak mereka tanpa sebarang campur tangan daripada pihak luar.

“Dengan rendah hati saya nak nasihat dan beri pesanan kepada semua peminat supaya kekal tenang, semoga kita semua istiqamah dan muhasabah diri.

“Jika ada provokasi, cacian, hinaan atau fitnah yang dilemparkan oleh individu tertentu sama ada daripada ‘haters’ mahupun peminat individu berkenaan, harap kita semua dapat bertahan. Apa-apa pun utamakan keharmonian dan utamakan Fatima,” katanya.

Fazura turut menjelaskan bahawa dia dan Fattah akan meneruskan hubungan sebagai ibu bapa bersama atau co-parenting demi memberikan yang terbaik buat Fatima.

Jelasnya, walaupun mereka tidak lagi bergelar pasangan, tanggungjawab sebagai ibu dan bapa tetap menjadi keutamaan.

“Saya dan daddy Fatima, kami berdua adalah ibu bapa kepada Fatima. Jadi, banyak lagi momen yang mungkin kami akan rakam sebagai kenangan untuk Fatima.

“Saya harap semua raikan dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Fatima. Kalau tiada benda elok nak cakap, hentikan. Jangan ganggu proses ini di mana kami berdua nak ‘co-parenting’ sebaik-baiknya untuk Fatima.

“Harap tiada lagi sesiapa di luar sana mencampuri atau mengganggu niat baik kami demi keharmonian Fatima dan yang terlibat ialah mommy Fatima, daddy Fatima dan Fatima sahaja, tiada orang lain,” tambahnya.

Semua demi masa depan Fatima

co parenting

Dalam masa sama, Fazura memaklumkan segala keputusan yang dibuat selepas ini adalah demi masa depan anaknya. Dia turut meminta ruang untuk membesarkan Fatima dalam keadaan lebih tenang tanpa tekanan daripada pandangan luar.

“Saya adalah ibu tunggal dan bekerja. Saya perlu besarkan anak saya dengan mental yang baik dan ketenangan. Tolong jangan ganggu saya lagi. Cukuplah, saya dah lalui terlalu banyak.

“Tidak kira apa pun terjadi, bermula sekarang saya dan Fatima akan sentiasa berdua untuk mengharungi semuanya. Biarkan saya membesarkan Fatima sebaik-baiknya, dengan tenang dan harmoni.

“Ingatlah bahawa jodoh, ajal dan maut semuanya Allah yang tentukan. Saya harap peminat saya dan Fattah Amin dapat terima bahawa sudah tiada jodoh antara kami.

“Saya perlu gembira, sihat dan bekerja untuk besarkan anak sebaik-baiknya. Itu sahaja yang saya harapkan,” luahnya.

Fazura turut berharap peminat kedua-dua pihak dapat menerima keadaan semasa dan terus mendoakan yang terbaik buat mereka, khususnya Fatima yang menjadi keutamaan dalam kehidupan mereka selepas ini.

Baca juga: Bolehkah Bernikah Selepas Zina Tanpa Bertaubat? Ini Penjelasan Hukum Yang Perlu Difahami

Sumber: Threads peachyblush

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×