Euforia Bola 2026
Percutian

Nabila Razali Terkejut Dicaj Lebih RM400 Anak Muntah Dalam E-Hailing Di Singapura, Netizen Jelaskan Sebabnya

anak muntah

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, situasi anak muntah ketika dalam perjalanan memang sukar dijangka.

Itulah yang dialami penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, apabila anaknya, Nik Muhammad, muntah di dalam sebuah e-hailing ketika mereka berada di Singapura sehingga dia terkejut dikenakan caj hampir RM474.

Baca juga: “Kenapa Bukan Mandalika?”- Tular Netizen Indonesia Persoal Kenapa Litar Sepang Dipilih, Ini Fakta Ramai Tak Tahu

ANAK MUNTAH DALAM E-HAILING DI SINGAPURA, DICAJ LEBIH RM400

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi Threads dan segera menarik perhatian warga maya, malah ramai tampil menjelaskan bahawa caj berkenaan bukan sekadar untuk mencuci kereta.

Pada awalnya, Nabila memaklumkan pemandu e-hailing mengenakan caj sebanyak 150 Dolar Singapura selepas insiden itu berlaku sebelum beberapa ketika kemudian dia membetulkan jumlah sebenar yang dikenakan.

anak muntah

Perkongsian itu kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi daripada warga maya yang berkongsi pandangan mengenai caj tersebut.

Baca juga: “Katanya Kids Friendly?”- Rusa Tiba-Tiba Menggigit Anak Ketika Diusap, Ibu Kongsi Detik Cemas

Penjelasan warga maya bantu tambah pengetahuan Nabila dan orang lain

Menjengah ke ruangan komen, ramai menjelaskan bahawa bayaran dikenakan bukan hanya untuk membersihkan kesan muntah di dalam kenderaan.

Sebaliknya, caj itu turut mengambil kira masa yang perlu digunakan pemandu untuk mencuci atau melakukan deep wash sebelum boleh kembali menerima tempahan penumpang lain.

Menurut mereka, kehilangan pendapatan sepanjang tempoh tersebut juga menjadi sebahagian daripada caj yang dikenakan.

“Dah betul harga tu sebab dia hilang pendapatan tak boleh ambil penumpang lain selagi tak bersihkan muntah tu. Dekat Malaysia pun harganya nampak tak masuk akal, tapi itu memang terma termasuk ganti rugi kepada pemandu.

“Bukan hanya bayaran cuci kerusi/karpet kereta semata-mata,” tulis seorang pengguna Threads.

Pertukaran mata wang RM & SGD

Seorang lagi berpendapat harga servis itu sebenarnya sama sahaja dengan Malaysia, namun faktor pertukaran mata wang menyebabkan jumlahnya kelihatan berkali ganda lebih mahal apabila ditukar kepada Ringgit.

“Ikut kan tak mahal pun, sama macam kita buat cleaning dekat MYS (Malaysia). Beza MYS RM150, Singapura pula 150SGD yang buat mahal rate exchange (kadar pertukaran wang),” tulisnya.

Kehilangan pendapatan pemandu

Sementara itu, seorang lagi pengguna turut menjelaskan bahawa kehilangan pendapatan pemandu merupakan antara faktor utama caj tersebut.

“Hi awak. Harga termasuk loss of income sebab driver kena guna masa untuk cuci or deep wash kereta. Dan masa yang diguna itu dia tak boleh accept next passenger. Tapi kalau exactly berapa, itu kita pun tak sure,” tulisnya.

Perkongsian Nabila itu secara tidak langsung memberi gambaran kepada orang ramai bahawa apabila berlaku situasi anak muntah di dalam kenderaan e-hailing, caj yang dikenakan bukan semata-mata kos pembersihan.

Sebaliknya, ia turut mengambil kira masa operasi yang terjejas dan pendapatan yang hilang sebelum pemandu dapat kembali mengambil penumpang baharu.

Baca juga: Baru Dinobat Juara Piala Dunia 2026, Ini 5 Fakta Unik & ‘Wow’ Tentang Sepanyol Ramai Tak Pernah Tahu!

NABILA JELASKAN TIDAK PERTIKAI CAJ, CUMA MAHU TAHU SEBAB

Selepas menerima pelbagai komen daripada warga maya, Nabila menerusi hantaran Threads terbaharu menjelaskan situasi sebenar dan berterima kasih kepada mereka yang mengambil berat mengenai keadaan anaknya serta memberikan penerangan dengan baik.

Menurutnya, ada pihak yang menyangka dia mempertikaikan caj tersebut, sedangkan tujuan asalnya hanyalah bertanya kerana ingin memahami sebab jumlah berkenaan dikenakan.

anak muntah

Baca juga: Threads Nabila Razali

FT Image: Instagram Nabila Razali (1) (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×