Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Buat Jadual KPI Bulanan Untuk Isteri, Warganet Kecam Layan Pasangan Macam Orang Gaji!

TUGASAN RUMAH

Tular di media sosial baru-baru ini satu perkongsian memaparkan senarai tugasan rumah yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya yang merupakan suri rumah sepenuh masa.

Menerusi senarai tersebut, pelbagai tugasan harian dan mingguan disenaraikan secara terperinci melibatkan kerja rumah, tugas di luar rumah serta penjagaan haiwan peliharaan.

Baca juga: Abang Abang Semua Dah Boleh Standby, Ini Jadual Penuh Piala Dunia FIFA 2026…48 Pasukan & 104 Perlawanan Menanti!

SUAMI BUAT KPI BULANAN TUGASAN RUMAH UNTUK ISTERI

TUGASAN RUMAH

Antaranya termasuk melipat baju setiap hari, memasak lima kali seminggu, menyapu dan mengemop lantai mengikut jadual tertentu, selain menguruskan kereta dan menyiram pokok.

Berdasarkan perkongsian berkenaan, tugasan tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori utama iaitu kerja rumah, kerja luar rumah dan penjagaan haiwan peliharaan.

Bagi kerja rumah, isteri perlu melipat baju sekali sehari, memasak lima kali seminggu, menyapu lantai dua kali sehari, mengemop lantai tiga kali seminggu, membersihkan kipas sebanyak tiga kali sebulan serta mencuci cadar seminggu sekali.

Untuk tugasan luar rumah pula, dia perlu menyapu kawasan porch setiap hari, mengemas kereta tiga kali seminggu dan menyiram pokok sekali sehari.

Selain itu, beberapa tugasan berkaitan haiwan peliharaan turut disenaraikan termasuk memandikan haiwan dua kali sebulan, membeli makanan haiwan dua kali sebulan dan memberus gigi haiwan peliharaan sekali sebulan.

Raih pelbagai reaksi warganet

TUGASAN RUMAH

Kredit: Magnific

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ramai yang mempertikaikan tindakan suami berkenaan kerana dilihat menetapkan tugasan rumah tangga secara formal seolah-olah isteri merupakan pekerja atau pembantu rumah.

Menurut mereka, walaupun pembahagian tugas dalam rumah tangga adalah perkara yang baik untuk memastikan urusan harian lebih teratur, penggunaan istilah KPI terhadap pasangan dianggap kurang sesuai dan boleh memberi gambaran hubungan suami isteri yang terlalu berorientasikan prestasi.

Ada juga yang berpendapat tugas menguruskan rumah tangga sepatutnya dipikul bersama mengikut kemampuan dan kesepakatan pasangan, bukannya diletakkan sepenuhnya di bahu salah seorang pihak.

Dalam sesebuah perkahwinan, pembahagian tanggungjawab sememangnya penting bagi memastikan kehidupan berkeluarga berjalan lancar. Namun, ramai berpandangan tugasan rumah perlu dilakukan atas dasar persefahaman, komunikasi yang baik dan saling menghargai antara suami serta isteri.

“Kebanyakkan dalam list tu memang housewife buat dan sebenarnya lebih lagi cuma tak payah la listkan macam itu dah jadi macam maid pula sampai nak kena check. Kalau siap ada kpi means kena ada gaji tiptop la untuk housewife ni,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Surah Yang Dianjurkan Untuk Baca Ketika Ziarah Kubur, Cukup Ke Baca Al-Fatihah Sahaja?

Sumber: Threads Muhaameerjb

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×