Isteri meninggal dunia bukan sekadar satu berita duka, tetapi kehilangan yang meninggalkan kesan mendalam buat insan yang ditinggalkan. Itulah yang dilalui oleh Shahrizal Mahadi apabila detik kegembiraan terakhir bersama isterinya bertukar menjadi kenangan paling menyayat hati dalam tempoh yang sangat singkat.
Menurutnya, video yang dirakam pada 25 Mac 2026 itu merupakan rakaman kegembiraan terakhir sempena sambutan hari lahir arwah isterinya. Tidak disangka, hanya beberapa minggu selepas itu, pada 17 April 2026, isterinya telah kembali ke rahmatullah, pada hari lahir anak sulung mereka.
Baca juga: Burung, Anjing Setia Mengiringi Lelaki Pembawa Rezeki Setiap Pagi, Undang Perhatian Warganet
ISTERI MENINGGAL DUNIA PADA HARI LAHIR ANAK SULUNG

Dalam luahan yang penuh emosi, si suami meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap arwah isterinya, Allahyarhamah Nurul Afiqah binti Rahman.
Lebih memilukan, arwah dikatakan menghidap kanser yang sangat agresif. Difahamkan, selepas disahkan menghidap kanser di bahagian perut, penyakit tersebut merebak ke organ lain dalam tempoh hanya empat hari. Arwah juga dilaporkan bertahan tidak sampai dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Video kegembiraan terakhir aku sempat rakam masa birthday dia, 25.3.26. Dan 17.4.26 isteriku pergi buat selamanya… pada hari lahir anak sulung kami. Aku rindu senyumannya. Rindu suaranya. Rindu setiap perkara kecil yang dulu aku anggap biasa,” luahnya.
Tambahnya lagi, walaupun perit menerima kenyataan tersebut, Shahrizal reda dengan ketentuan Ilahi dan percaya bahawa Allah lebih menyayangi isterinya.
“Aku redha, Allah lebih menyayangimu. Semoga setiap sakitmu jadi penghapus dosa, dan Allah tempatkan kau di syurga tertinggi. Moga kita bertemu semula di sana,” tambahnya.

Perkongsian ini nyata menyentuh hati ramai warganet yang turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kehilangan insan tersayang sememangnya satu ujian berat, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam momen yang sepatutnya diraikan bersama keluarga. Namun, sebagai hamba-Nya, kita diajar untuk menerima setiap ketentuan dengan penuh kesabaran
dan keimanan.
Semoga Shahrizal Mahadi terus diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini, dan semoga roh Allahyarhamah Nurul Afiqah binti Rahman dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan penghuni syurga. Al-Fatihah.
Baca juga: Lelaki Sedar Dari Koma Lukis 7 Lapisan Langit, Netizen Persoal Misteri Alam Ghaib Bikin Meremang!
Sumber: Threads Shahrizalmahadi
