Euforia Bola 2026
Famili

Lelaki Sedar Dari Koma Lukis 7 Lapisan Langit, Netizen Persoal Misteri Alam Ghaib Bikin Meremang!

7 LAPISAN LANGIT

Gambaran 7 lapisan langit hasil karya Yusuff Shakur, seorang lelaki yang berkongsi pengalaman near-death experience (NDE), tular di media sosial.

Dalam perkongsian visual tersebut, dia menggambarkan apa yang “dilihat” ketika pengalaman hampir maut itu melalui susunan alam yang berlapis, seakan-akan jiwa bergerak melalui beberapa tingkat sebelum sampai kepada satu cahaya yang sangat agung.

Baca juga: Burung, Anjing Setia Mengiringi Lelaki Pembawa Rezeki Setiap Pagi, Undang Perhatian Warganet

LELAKI SEDAR DARI KOMA BUAT GAMBARAN 7 LAPISAN LANGIT

7 LAPISAN LANGIT

Dalam lukisan tersebut, dunia digambarkan seperti sebuah sistem berlapis. Bumi dilihat sebagai satu “pentas”, manakala kehidupan manusia berada di lapisan bawah. Jiwa pula digambarkan bergerak naik melalui beberapa tingkat atau dimensi, seolah-olah melalui proses peningkatan kesedaran.

Di bahagian lebih tinggi, terdapat konsep over soul atau pemerhati yang berada di atas lapisan manusia dan di luar keseluruhan struktur tersebut, digambarkan satu cahaya yang melampaui semua lapisan.

Menariknya, lukisan itu menunjukkan sekitar tujuh lapisan keseluruhan, yang sesetengah pihak mengaitkannya dengan konsep tujuh dimens atau lebih dekat dalam perbincangan spiritual sebagai “tujuh langit”.

Allah SWT ada menyebut tentang tujuh langit (sab‘a samāwāt) dalam beberapa ayat al-Quran. Walaupun tidak boleh disamakan secara literal dengan lukisan atau tafsiran visual manusia, idea tentang kewujudan alam berlapis memang wujud dalam wahyu.

Lebih tinggi sesuatu lapisan itu digambarkan, lebih dekat ia kepada “sumber”, atau dalam konteks lukisan tersebut disebut sebagai over soul. Namun di sinilah pentingnya batas pemahaman antara simbolik dan akidah.

7 LAPISAN LANGIT

Freepik

Dalam perbincangan teologi Islam, Allah SWT ditegaskan sebagai Zat yang tidak menyerupai apa-apa ciptaan:

Laisa kamithlihi shay – Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya.

Ini bermaksud Allah bukan sebahagian daripada sistem, bukan berada dalam hierarki, dan bukan terikat dengan dimensi seperti makhluk.

Justeru, walaupun ada yang melihat “cahaya di luar semua lapisan” sebagai simbol tertinggi, dalam akidah Islam ia lebih dekat kepada konsep bahawa Allah Maha Tinggi, Maha Berbeza dan tidak boleh disamakan dengan apa jua gambaran makhluk.

Dalam refleksi spiritual yang dikongsikan, turut disentuh idea bahawa segala sesuatu saling berkait. Manusia dilihat sebagai makhluk ciptaan yang bersifat sementara (mumkinan wujud) dan setiap tindakan memberi kesan antara satu sama lain.

Dalam sesetengah riwayat hadis qudsi yang sering disebut dalam perbincangan spiritual, hati manusia digambarkan sebagai sesuatu yang sangat bernilai dan suci dalam makna hubungannya dengan Tuhan.

Kesimpulannya, lukisan ini membuka ruang kepada pelbagai tafsiran tentang kehidupan, jiwa, dan kewujudan. Namun pada masa yang sama, ia turut mengingatkan tentang pentingnya membezakan antara simbol, pengalaman peribadi dan pegangan akidah.

Baca juga: Termometer Merkuri Pecah TAK BOLEH Sapu Atau Vakum, Risiko Racun Kanser Boleh Tersebar!

Sumber: Threads Aiza Adli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×