Euforia Bola 2026
Famili

Lelaki Malaysia Ini Cipta Rekod Dunia! Miliki 42 Batang Gigi, Lebih 10 Daripada Biasa..

jumlah gigi

Seorang lelaki dari Malaysia mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh Guinness World Records kerana memiliki jumlah gigi paling banyak bagi kategori lelaki.

Menurut laporan, Prathab Muniandy, 33 tahun, mempunyai 42 batang gigi iaitu 10 batang lebih banyak berbanding jumlah gigi normal manusia dewasa yang lazimnya sekitar 32 batang.

Baca juga: “Dia Uruskan Semua Walau Bukan Wali…” Kisah Abang Ipar 21 Tahun Jaga Adik-Adik Arwah Isteri Buat Ramai Tersentuh

JUMLAH GIGI PALING BANYAK, LELAKI MALAYSIA CATAT REKOD DUNIA

JUMLAH GIGI

Prathab mendedahkan bahawa dia mula menyedari keadaan luar biasa pada giginya sekitar tahun 2021 ketika menghadiri pertemuan keluarga.

Menurutnya, ketika itu dia memberitahu ahli keluarga bahawa terdapat gigi tambahan yang sedang tumbuh di dalam mulutnya. Mereka kemudian mengambil keputusan untuk mengira jumlah gigi tersebut bersama-sama dan hasil kiraan ketika itu mendapati dia mempunyai 38 batang gigi.

Selepas menjalani pemeriksaan lanjut menggunakan imbasan sinar-X, doktor mendapati terdapat empat lagi gigi tambahan yang masih belum muncul sepenuhnya.

Menjelang awal tahun 2023, kesemua gigi tersebut telah tumbuh, menjadikan jumlah keseluruhan giginya sebanyak 42 batang. Menurut Prathab, kebanyakan gigi tambahan itu tumbuh dengan keadaan lurus dan tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan.

Menariknya, Prathab berkata ramai orang tidak menyedari keunikan tersebut sehingga dia sendiri memberitahu tentang jumlah giginya. Katanya, kebanyakan individu pada mulanya sukar mempercayai bahawa dia mempunyai 10 batang gigi lebih banyak daripada manusia biasa.

JUMLAH GIGI

“Ramai yang terkejut apabila mengetahui perkara ini,” jelasnya.

Ketika menjalani pemeriksaan bagi tujuan pengiktirafan rekod dunia, doktor turut memaklumkan bahawa sebenarnya terdapat dua lagi gigi yang masih belum muncul sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, jumlah 42 batang gigi yang dimilikinya sudah cukup untuk melayakkannya menerima pengiktirafan sebagai lelaki dengan jumlah gigi terbanyak di dunia.

Prathab mengakui dia berasa sangat teruja dan berbangga apabila mengetahui dirinya kini memegang rekod dunia tersebut. Difahamkan, bagi kategori wanita pula, rekod jumlah gigi terbanyak dipegang oleh Kalpana Balan dari India yang mempunyai 38 batang gigi.

Baca juga: Ramai Dah Mula Serbu! Ini Senarai Penuh TERKINI Tarikh Tukar Duit Raya Ikut Semua Bank

Sumber: IFL Science

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×