Euforia Bola 2026
Rakyat

Berita Gembira Buat Penjawat Awam, RM500 Bantuan Khas Kewangan Akan Dikreditkan Bermula 13 Mac

bantuan khas kewangan

Menjelang Aidilfitri nanti, Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar pada 13 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook pada Isnin, sebagai inisiatif membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan menyambut perayaan.

Baca juga: “Tak Perlu Pusing Lama…”- Bazar Ramadan Putrajaya Dipuji, Siap Ada Infografik Penuh Lot Niaga & Menu Jualan!

bantuan khas kewangan

Gambar hiasan.

“BKK ini akan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.

“Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967,” menurut kenyataan itu.

Langkah pengecualian cukai ini sekali gus memastikan penerima mendapat jumlah penuh seperti diumumkan.

Siapa yang layak terima RM500?

Kaedah pelaksanaan pembayaran BKK memperincikan bahawa bayaran layak diberikan kepada:

1. Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 15 dan ke bawah atau setara:

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan lantikan kontrak [Contract of Service (COS) dan Pekerja Sambilan Harian];
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, yang mana BKK ini akan dibayar oleh agensi yang meminjam pegawai berkenaan.

2. Personel MySTEP yang masih berkhidmat;

3. Guru interim;

4. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan

5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Baca juga: [TERKINI] SARA RM100 Dah Masuk, Ini 15 Kategori & Jenama Produk Diluluskan MyKasih 2026

bantuan khas kewangan

Gambar hiasan.

Pesara dan veteran peroleh RM250

Menurut kenyataan itu, Bantuan Khas Kewangan (BKK) akan turut dipanjangkan kepada:

  • Pesara kerajaan
  • Veteran berpencen
  • Veteran tidak berpencen

Golongan ini akan menerima bayaran sebanyak RM250.

Diumumkan semasa belanjawan 2026

Pemberian BKK sebelum Aidilfitri ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu.

Inisiatif ini dilihat sebagai antara langkah kerajaan dalam meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara, khususnya dalam tempoh peningkatan perbelanjaan menjelang musim perayaan.

Pautan untuk maklumat lanjut tekan di sini.

Baca juga: Kadar Fidyah 2026 Lengkap Mengikut Negeri, Ini Cara Kira Yang Betul & Link Bayar Secara ‘Online’!

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam / BERNAMA

FT Image: BERNAMA / Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×