Euforia Bola 2026
Asuh

Risiko Koma! Doktor Kongsi Tindakan Pantas Boleh Ambil Jika Anak Tertelan ‘Hand Sanitizer’

hand sanitizer

Baru-baru ini, perkongsian di Threads oleh Dr. Redza Zainol tular apabila seorang ibu membawa anaknya ke hospital selepas tertelan hand sanitizer.

Ibu tersebut terkejut apabila botol hand sanitizer yang sepatutnya ada 30 ml cecair didapati kosong, sementara bau alkohol yang kuat terasa dari mulut dan baju anaknya.

Baca juga: JPN Keluarkan Garis Panduan Terkini Elak Nama Anak Ditolak, Mama Papa Perlu Faham 3 Kategori Ini!

GEJALA UTAMA JIKA ANAK TERTELAN HAND SANITIZER

hand sanitizer

Gambar hiasan: Mateus Andre

Menurut Dr. Redza, situasi ini lebih membimbangkan kerana warna cecair hand sanitizer yang tidak berwarna dan diletak dalam botol cantik boleh membuatkan kanak-kanak terkeliru dan cuba meneguknya seperti air minuman biasa.

Berdasarkan data dari Centers for Disease Control and Prevention (CDC), antara 2011 hingga 2014, terdapat 63,000 kes kanak-kanak bawah 5 tahun terdedah secara berlebihan kepada hand sanitizer.

Dari jumlah itu, 97% adalah kes tertelan melalui mulut, menunjukkan risiko sebenar bagi kanak-kanak kecil. Gejala utama jika tertelan hand sanitizer termasuk:

  • Kurang gula dalam darah
  • Muntah dan sakit perut
  • Muka menjadi lebih merah
  • Degupan jantung perlahan
  • Koma
  • Sawan

Hand sanitizer biasanya mengandungi 60-75% alkohol dan rasa panas terbakar biasanya menyebabkan kanak-kanak muntah dan meludahkannya semula. Jadi, jarang berlaku kanak-kanak minum habis.

Baca juga: Anak Pandai Sebenarnya Ikut Ibu Atau Ayah? Tuan Puan Jangan Berebut Nak ‘Claim’, Ini Penjelasan Saintis!

hand sanitizer

Gambar hiasan: Freepik

Tindakan boleh diambil jika anak tertelan hand sanitizer

Untuk langkah awal sebelum ke hospital, sekiranya jumlah yang tertelan sedikit dan anak masih sedar, ibu bapa boleh memberikan air manis untuk membantu mengelakkan gejala kurang gula dalam darah.

Namun, pemeriksaan segera di hospital tetap disarankan bagi keselamatan anak.

Dr. Redza menegaskan bahawa kesedaran ibu bapa terhadap penyimpanan hand sanitizer adalah sangat penting. Pastikan bekas diletakkan jauh daripada jangkauan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan serupa.

Baca juga: Tular Bayi Jadi Mangsa Petua Karut, Ibu Calit Najis Pertama Di Kening Konon Untuk Hasil Lebat

Sumber: Threads Dr. Redza Zainol

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×