Euforia Bola 2026
Asuh

Kajian Dedah 5 Genetik Ibu Akan Turun Dekat Anak, Patutlah Sikap Mak & Anak Macam ‘Kembar’

GENETIK IBU

Hubungan antara ibu dan anak bukan sekadar terjalin melalui penjagaan serta kasih sayang, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor genetik ibu yang diwarisi sejak dalam kandungan.

Kajian sains menunjukkan bahawa di dalam genetik ibu terdapat beberapa komponen DNA dan kromosom tertentu yang lebih dominan, sekali gus menjelaskan sebab sesetengah ciri anak kelihatan sangat mirip dengan ibu berbanding bapa.

Baca juga: Dr Fie Pilih Bagi Anak Makan Sendiri (BLW) Seawal 6 Bulan, Manfaatnya Bantu Perkembangan Si Kecil Lebih Baik

GENETIK IBU YANG AKAN TURUN DEKAT ANAK

GENETIK IBU

Freepik

Jadi, ini merupakan beberapa genetik ibu akan turun dekat anak:

1. Bentuk wajah & warna kulit

Ciri fizikal seperti bentuk wajah, hidung, bibir, warna kulit dan rambut banyak dipengaruhi oleh gabungan gen daripada kedua-dua ibu bapa.

Namun, ada beberapa gen dominan yang lebih kuat diturunkan daripada ibu. Contohnya, tona kulit, bentuk mata dan tekstur rambut sering menunjukkan persamaan lebih ketara dengan ibu.

Hal ini kerana gen-gen berkaitan pigmen dan struktur tisu kulit diwarisi melalui kromosom tertentu yang lebih aktif ketika pembentukan janin.

2. Kecerdasan emosi

Kajian menunjukkan bahawa kecenderungan seseorang mengawal emosi, sifat empati, kesabaran dan cara bertindak balas terhadap tekanan mempunyai komponen genetik. Ibu memainkan peranan besar melalui gen yang mempengaruhi perkembangan sistem saraf dan neurotransmitter.

Selain itu, sifat emosi ibu ketika mengandung juga boleh meninggalkan kesan jangka panjang kepada bayi melalui perubahan hormon dalam rahim.

genetik ibu

3. Kesihatan tenaga sel (Mitochondria)

Tenaga dalam badan dihasilkan oleh mitokondria dan semua mitokondria dalam tubuh anak datang 100% daripada ibu. Ini kerana sperma tidak menyumbangkan mitokondria ketika proses persenyawaan.

Oleh itu, kecekapan tenaga sel, metabolisme badan, dan kecenderungan keletihan atau penyakit berkaitan mitokondria biasanya diwarisi terus daripada garis keturunan ibu.

4. Tahap kecerdikan & memori

Kecerdikan dan daya ingatan dipengaruhi oleh pelbagai gen, termasuk gen yang terletak pada kromosom X. Memandangkan wanita mempunyai dua kromosom X, ibu menyumbang kombinasi gen yang lebih besar dalam mempengaruhi fungsi otak seperti kemampuan kognitif, logik, pemprosesan bahasa serta memori jangka pendek dan panjang.

5. Risiko penyakit & daya tahan badan

Gen ibu turut menentukan kecenderungan anak terhadap beberapa jenis penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit autoimun dan alergi.

Sistem imun anak juga banyak dipengaruhi oleh genetik ibu yang membentuk antibodi dan tindak balas imun sejak dalam kandungan.

Baca juga: Pening Bila Cium Anak Balik Sekolah Bau Hanyir Telur? Ibu-Ibu Kongsi Petua Untuk Kekal Wangi Seharian!

Sumber: Lemon8 Huda Amran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×