Euforia Bola 2026
40 Minggu

“Mummy Tak Sempat Peluk Kamu” – Watie Sebak Cerita Alami Keguguran, Dapat Petanda Mimpi

watie isteri shuib

Watie isteri Shuib yang merupakan pelawak dan usahawan terkenal, mengharungi detik pilu apabila mengumumkan dirinya mengalami keguguran anak sulung hasil perkahwinan mereka.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Watie menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram, di mana dia meluahkan kepada orang ramai rasa kehilangan dan kesedihan yang mendalam atas pemergian bayi yang dikandungnya.

Baca juga: “Tak Semua Perkahwinan Perlu Anak”- 6 Punca Fenomena Pasangan ‘Childfree’ Di Malaysia Meningkat

Watie Isteri Shuib Alami Keguguran, Luah Rasa Pilu di Media Sosial

watie isteri shuib

Menerusi satu hantaran di Instagram, Watie meluahkan kesedihannya dan merujuk bayi yang dikandungnya itu sebagai ‘bintang’. Dalam coretannya, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata dia seakan telah menerima petunjuk melalui mimpi sebelum kejadian itu berlaku.

“Siang dan malam Mummy menitiskan air mata mengenangkan kamu. Maaf kerana Mummy tak dapat menjaga kamu dengan sebaiknya ketika kamu masih ada dalam rahim Mummy. Maaf kerana Mummy terlupa betapa mudahnya Allah menghadirkan kamu dalam hidup kami,” tulisnya.

Watie turut berkongsi bahawa dia sudah mula merasa resah selepas mengalami mimpi tentang keguguran dan sering tertanya-tanya sama ada mimpi itu akan menjadi kenyataan.

Menurut Watie, dia disahkan mengalami keguguran pada Ahad lalu, 11 Mei 2025.

“Pada tarikh itu, Mummy diberitahu yang kamu benar-benar telah pergi. Mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat Mummy. Mungkin Mummy belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi ibu yang adil kepada kamu, kakak serta abang-abang kamu,” luahnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Dia turut mengakui mungkin masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya sebelum menyambut kehadiran zuriat baharu dalam hidup mereka. Namun begitu, Watie tetap reda dan bersyukur dengan pengalaman yang dikurniakan, walaupun hanya seketika.

“Mummy tetap bersyukur kerana Allah pinjamkan kamu walau untuk masa yang singkat. Terima kasih atas doa dan sokongan semua,” katanya.

Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Watie mula tersebar apabila pengikut media sosialnya menyedari perubahan fizikal dalam gambar yang dimuat naik.

Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Shuib mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu dengan penyanyi tersohor, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Baca juga: Atikah Suhaime Baru Kongsi Hari Pertama Berpantang Tradisional, Tapi Komen Netizen Pula ‘Terpaling Tahu’

Sumber: Berita Harian, IG @iamwatie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×