Famili

Dyson Airstrait Pelurus Rambut Tanpa Plat Panas & Kurang Risiko Rambut Rosak

2
SHARES
DYSON AIRSTRAIT

Dyson melancarkan Dyson Airstrait iaitu pelurus rambut tanpa plat panas dan tiada kerosakan haba yang akan berlaku untuk rambut.

Dicipta untuk semua jenis rambut, anda kini boleh mencapai gaya lurus semula jadi, ikal mayang dan kulit kepala juga kekal sihat tanpa sebarang kelemumur.

DYSON PERKENALKAN DYSON AIRSTRAIT TANPA PLAT PANAS

DYSON AIRSTRAIT

Jurutera Dyson telah mengkaji secara terperinci tentang struktur rambut. Sekiranya anda ingin menukar gaya rambut, ikatan hidrogen dalam setiap helai rambut mesti dipecahkan dan ditetapkan semula untuk mengekalkan bentuk baharu.

Dengan menggunakan Dyson Airstrait anda kini dapat menggayakan rambut tanpa memikirkan kerosakan yang teruk. Dyson Airstrait dikuasakan oleh motor hyperdymium yang direka khas untuk menjadi nadi teknologi Penjagaan Rambut Dyson.

Kecil, ringan dan cukup kuat untuk mengeringkan rambut basah dan meluruskan secara serentak. Seperti rangkaian penjagaan rambut Dyson yang lain, Dyson Airstrait menampilkan kawalan haba pintar.

DYSON AIRSTRAIT

Termistor manik kaca mengukur suhu aliran udara sehingga 16 kali setiap saat untuk mengelakkan kerosakan haba dan melindungi kilauan semula jadi rambut.

Data ini dihantar ke mikropemproses yang mengawal elemen pemanasan, memastikan aliran udara tidak melebihi suhu yang diperlukan.

Pelurus Dyson Airstrait mempunyai mod penggayaan basah dan kering serta sejuk untuk menetapkan gaya rambut. Mod basah dan kering dipraset dengan gabungan haba dan aliran udara khusus untuk hasil yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.dyson.my, Instagram dan Facebook Dyson Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×