Dapur

Orang Johor Kongsi Rahsia Buat Sambal Kicap ‘Kick’, Baru Menjadi!

620
SHARES

Kalau anda ke Johor, jangan lepaskan peluang mencuba pisang goreng dicicah bersama sambal kicap. Bukan pisang goreng sahaja boleh, sukun goreng dan tempe pun boleh. Wah!

Biasanya, hanya orang Johor sahaja yang pandai buat sambal kicap kerana ada bahan rahsia perlu letak untuk dapatkan sambal kicap padu. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian resepi di bawah.

Baca juga: 6 Petua Sambal Tempe Kekal Rangup Walaupun Dah Lama Buat, Wow!

ORANG JOHOR KONGSI RAHSIA BUAT SAMBAL KICAP KICK

Saya ni orang Johor wajib ada sambal kicap dalam peti ais. Sambal kicap ni boleh dimakan dengan soto, dicicah dengan goreng pisang, keledek, tempe, tauhu dan macam-macam lagi. Ini saya nak share cara saya buat sambal kicap. Boleh tahan berbulan simpan di peti ais. 

Bahan-bahan:

  • Cili padi 30 bj
  • Bawang putih – 2 labu (digoreng hingga perang)
  • Kicap masin – ½ botol atau ikot paras cili dlm jug blender
  • Cuka/air limau – 3 sudu besar
  • Gula – 5 sudu besar

Cara penyediaan:

– Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

Makan dengan keledek goreng waktu petang memang sedap. Puas hati. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Norhayati Ismail Tang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×