Famili

[VIDEO] Ibu Goreng Ikan Keli Kesayangan, Budak Lelaki Menangis Tak Nak Makan

27
SHARES

Gelagat anak kecil sememangnya sering mencuit hati orang ramai. Hal ini sama seperti satu video tular di media sosial Indonesia yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak di hadapan makanan.

Rupa-rupanya kanak-kanak berkenaan sedih kerana ikan keli yang dihidangkan merupakan ikan peliharaanya. Jelas kelihatan sebuah pinggan berisi nasi dan setengah ekor ikan keli dihidangkan kepada si kecil itu.

Baca juga: Tokwan Beli Kereta Mahal Secara Tunai, Siap Bawa Karung Beras Lagi!

IBU GORENG IKAN KELI KESAYANGAN, BUDAK LELAKI MENANGIS

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @Nialailatu0 dan menerusi suara latar video tersebut dia memberitahu ikan keli itu sudah mati sebelum ibunya bertindak untuk menggoreng dan dijadikan lauk.

Tidak dapat menahan sebak, kanak-kanak berkenaan menangis dan meminta mahu melihat kubur ikan keli peliharaanya itu. Sedih dengan kejadian tersebut, dia memilih untuk tidak mahu makan ikan keli yang sudah digoreng oleh ibunya itu.

“YA ALLAH, SEDIHNYA…”

Video tersebut mendapat 1.1 juta tontonan dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak ini dan memintanya supaya bersabar dengan ‘pemergian’ ikan tersebut.

VIDEO PENUH:

@nialailatu0

♬ suara asli – Nialailatu0 – Nialailatu0

Sumber: TikTok Nialailatu0

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×