Rakyat

Meruntun Hati, Wanita Sanggup Jual Ginjal Demi Mengubati Suami

13
SHARES

Seorang wanita di Indonesia mendapat perhatian, selepas videonya yang mengungkapkan ingin menjual ginjalnya demi mendapatkan wang untuk mengubati suaminya tersebar, lalu menjadi viral.

Baca juga: Budak 11 Tahun Terselamat Dari Tanah Runtuh Selepas Lompat Masuk Dalam Peti Sejuk Rosak

MERUNTUN HATI, WANITA SANGGUP JUAL GINJAL DEMI MENGUBATI SUAMI

Menyayat hati, wanita ini dengan rela hati hendak menjual ginjalnya demi mengubati sang suami yang sakit – Instagram Viralyes

Dalam sebuah video di laman Instgram, wanita itu kelihatan menangis sambil terbaring kerana tidak dapat menahan kesedihan yang dialami.

Berdasarkan keterangan di dalam video itu, dia meminta kepada orang ramai yang berminat untuk membeli ginjalnya, lapor Berita Hits pada Sabtu lalu.

“Siapa yang mahu beli ginjal aku ya, buat wang pembiyaan suami aku,” demikian ungkapan kapsyen tersebut.

Dia menjelaskan, sebenarnya video tersebut dibuat bukan untuk mengemis tetapi kerana keadaannya yang terdesak membuatkan dirinya melakukan hal sedemikian.

“Maaf bukan aku mengemis tetapi aku tidak tahu mahu buat apa kerana ingin mengubati suamiku,” katanya lagi.

Rakaman seterusnya, memaparkan seorang lelaki berbaju merah yang dipercayai suaminya dalam keadaan kurus dan sukar untuk berkata-kata.

Walaupun begitu, tiada sebarang penjelasan berkenaan penyakit yang dialami oleh suami kepada wanita berkenaan.

Video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

“Itulah bukti cinta sejati jarang ada wanita berkorban demi seorang lelaki” kata seorang netizen.

“Jangan tambah masalah kak, kalau kakak tidak mempunyai ginjal akan menjadi makin parah,” kata lagi seorang netizen.

Sumber: Berita Hits.Id

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×