Terapi

Lelaki Pun Datang Bulan Tau, Kenali Tanda-Tanda Sindrom IMS Pasangan Anda

282
SHARES
Irritable Male Syndrome ims

Wanita datang bulan dan mengalami perubahan emosi setiap bulan itu biasa. Tapi pernahkah anda mendengar yang lelaki juga boleh datang bulan? Irritable male syndrome (IMS) adalah keadaan hipersensitiviti, kebimbangan, kekecewaan dan kemarahan yang berlaku pada lelaki dan dikaitkan dengan perubahan biokimia, turun naik hormon, tekanan dan kehilangan identiti lelaki.

Bekerja dengan lelaki yang mengalami IMS dan dengan orang yang tinggal bersama mereka telah mendedahkan bahawa terdapat empat simptom teras iaitu hipersensitiviti, kebimbangan, kekecewaan dan kemarahan. Seorang ahli farmasi telah berkongsi di TikToknya @everlifefarmasi mengenai IMS ini.

Baca juga: Buat Senaman ‘Kemut’ Ini Untuk Kuatkan Faraj, Baru Kuat Nak Bersalin!

TANDA-TANDA LELAKI TENGAH “DATANG BULAN”

Janganlah kita terkejut apabila mendengar lelaki pun datang bulan. Mereka juga mengalami perubahan hormon. Mereka hanya tidak berdarah macam wanita.

Mengikut kajian, kitaran hormon wanita dapat dijangka namun, kestabilan hormon lelaki sukar untuk dijangka. Menurut @everlifefarmasi, IMS ini berlaku apabila lelaki itu kurang mendapat belaian, disebabkan stress dan juga lapar.

Jadi untuk mengurangkan iritasi yang berlaku kepada lelaki tersebut, sesiapa sahaja yang mendekati lelaki yang sedang mengalami IMS ini untuk memberi ruang, bagi layanan yang baik dan jika rajin, masak masakan kegemaran mereka.

Selain itu, pakar di MedicineNet mendapati salah satu gejala utama ada pada lelaki adalah penafian. Lelaki menganggap masalah mereka berpunca dari faktor luaran dan bukannya pada diri mereka sendiri. Mereka selalu fikir itu salah isteri mereka, bos, orang di lebuh raya ataupun sesiapa sahaja kecuali diri mereka sendiri.

Apa yang kita tahu ialah kemurungan jelas boleh berlaku pada orang, lelaki atau perempuan, yang tidak mengalami IMS. Tetapi pakar juga berpendapat kemurungan adalah aspek IMS yang sangat penting, dan ia selalunya kurang mendapat perhatian pada lelaki kerana cenderung kita melihat kerengsaan dan kemarahan sebagai sesuatu tingkah laku atau emosi yang negatif. Kita jarang melihat betapa sedih dan tidak gembiranya lelaki itu.

Harap perkongsian ini dapat membantu anda memahami lelaki dengan lebih dalam secara saintifiknya dan apa itu IMS.

Video penuh:

@everlifefarmasi

LELAKI DATANG BULAN? #farmasi #farmasieverlife #datangbulan #abc #mood #moodswing #lapar #belaian #lelaki #kebahagiaan #haid #suamiistri #learnontiktok #tiktokguru #tiktokdoktor #sehat #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #thinkb4youdo #foryourpage #fypシ

♬ suara asli – Agus Fransiskus_96 – Agus Fransiskus_96

Sumber: TikTok @everlifefarmasi, MedicineNet

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×