Kini Trending

[VIDEO] Angkara Ketagih Dadah, Remaja 15 Tahun Diikat & ‘Ditenyeh’ Mata Dengan Serbuk Cili Oleh Ibu!

90
SHARES

Marah kerana ketagihan ganja, seorang wanita di Telangana menjatuhkan hukuman ‘cili’ kepada anak lelakinya yang berusia 15 tahun itu. Wanita itu nekad mengikat anaknya pada tiang dan menenyeh serbuk cili di muka budak itu untuk memberi hukuman kerana ketagihannya.

Baca juga: Arkitek Kongsi Cara Salah Pemilik Rumah Nak Berjimat Bila Bina Rumah, Rugi!

[VIDEO] ANGKARA KETAGIH DADAH, REMAJA 15 TAHUN DIIKAT & ‘DITENYEH’ MATA DENGAN SERBUK CILI OLEH IBU!

Menerusi video tersebut, dapat dilihat tindakan si ibu tidak berhenti setakat di situ. Wanita itu berterusan menenyeh serbuk cili di mata anaknya sambil wanita lain turut memegang tangan budak tersebut.

Kedengaran pemuda itu menjerit liar akibat rasa terbakar, manakala beberapa jiran turut kedengaran menasihati ibu budak itu supaya menuang air pada mukanya.

Tindakan itu diambil kerana wanita itu berasa bimbang anak lelakinya menjadi seorang penagih ganja, lapor India.com.

Kemudian, wanita itu membuka ikatan anaknya hanya selepas dia berjanji untuk meninggalkan tabiat menghisap ganja.

Menurut India.com lagi, tindakan ibu bapa menyapu serbuk cili di mata anak-anak mereka untuk menghukum adalah perkara biasa yang berlaku di luar bandar Telangana.

Malah, video itu telah mencetuskan perdebatan di media sosial yang kurang bersetuju dengan kaedah yang digunakan dalam mendidik anak-anak.

VIDEO PENUH:

Sumber: Twitter Krishnamurthy & India.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×