Hebahan

8 Tempat Shopping Menarik Yang Anda Mesti Lawati Ketika di Jepun!

237
SHARES

Seperti yang semua tahu, tradisi ketukangan Jepun yang berakar umbi telah menjadikan produk Jepun mempunyai reputasi berkualiti tinggi di seluruh dunia.

Mustahil untuk anda meninggalkan negara ini dengan tangan yang kosong. 

Jom lihat tempat membeli-belah yang anda boleh lawati ketika pergi ke Jepun dengan tawaran bebas cukai, barisan edisi terhad dan penemuan unik!

1. Shibuya City

Dengan kawasan yang berwarna-warni dan sibuk, Shibuya adalah kawasan yang paling popular dan padat dengan membeli-belah dan hiburan.

Shibuya dikenali dengan youth fashion and culture, yang banyak melahirkan trend-trend fesyen terkini dan hiburan Jepun.

Jika anda salah seorang yang meminati fesyen-fesyen Jepun, Shibuya adalah tempat yang perlu anda lawati!

Anda juga boleh menikmati pemandangan terbaik di Tokyo di dek terbuka 360° ini di atas bumbung Shibuya Scramble Square dan sangat sesuai untuk mengambil gambar.

2. Harajuku

Jika ada antara anda yang berminat dengan anime, mesti anda tahu tentang cosplay. Untuk pengetahuan anda, Harajuku memang terkenal dengan cosplay di sepanjang Takeshita Street!

Dengan mempunyai pelbagai kedai pakaian vintaj yang unik dan menarik, Harajuku, sebuah daerah di Shibuya, Tokyo, Jepun pasti dapat menarik perhatian anda!

Syurga gaya ini berpusat di Jalan Takeshita, dipenuhi dengan gabungan butik yang menjual trend terkini dan makanan menarik. 

Sambil-sambil itu anda juga boleh berjalan menyusuri Cat Street ke arah Shibuya untuk anda menikmati kafe hipster, fesyen vintaj dan jenama antarabangsa.

Anda juga boleh menikmati ketenangan dengan berjalan melalui kawasan Kuil Meiji-Jingu.

3. Minato Mirai 21

Terletak di Yokohama, Jepun, Minato Mirai 21 memiliki kawasan yang lapang, selesa dan terdapat pelbagai perkara yang dapat dilihat, dilakukan dan dimakan!

Minato Mirai 21 juga sering menganjurkan acara seperti konsert, galeri seni, night-time illuminations dan pameran sejarah atau budaya.

Jika anda ke Minato Mirai 21, anda akan jumpa pelbagai pusat membeli-belah, hotel, pusat konvensyen, taman hiburan, pusat bersantai seperti tempat mandi mata air panas, muzium dan taman.

Sangat sesuai untuk anda yang suka bershopping sambil bersantai tu!

Antara shopping centre yang terkenal di sini ialah Yokohama World Porters, Queen’s Square Yokohama, Yokohama Hammerhead dan banyak lagi.

Yokohama Air Cabin juga telah menjadi satu tarikan selepas dibuka pada tahun 2021 dan menjadi most advanced urban-type circular ropeway yang tercanggih dan pertama di dunia.

Jadi anda tidak perlu risau kerana min yakin anda pasti akan rambang mata!

4. Rinku Town

Untuk anda yang suka menangkap gambar, Rinku Town adalah pilihan yang terbaik untuk anda kerana lokasinya yang terbuka di tepi lautan dan mempunyai pokok palma serta langit yang biru. 

Antara tarikan utama di Rinku Town ialah mereka mempunyai cawangan untuk pelbagai jenama terkenal seperti Adidas, Kate Spade New York dan The North Face. 

Kawasannya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Kansai memudahkan pelancong untuk menuju ke Rinku Town ini. 

Anda juga boleh menikmati kompleks membeli-belah berskala besar dan tempat di mana orang dewasa malah kanak-kanak juga pasti akan menikmatinya!

Terdiri daripada pasar raya hingga ke kedai kelengkapan rumah dan juga memiliki tarikan seperti roda Ferris, pasti akan memberi kepuasan kepada anda.

Anda juga boleh meluangkan masa anda di Rinku Park dimana taman ini terkenal dengan reka bentuk yang universal di Jepun.

5. T Galleria

T Galleria dari DFS, Okinawa ialah sebuah pusat beli-belah dengan reka bentuk seni bina yang menarik dan mengagumkan. 

Pusat beli-belah bebas cukai ini hanya 20 minit perjalanan dengan monorel dari Lapangan Terbang Naha di mana sememangnya sasaran pelanggan mereka adalah mereka yang menuju ke lapangan terbang Naha.

Pelbagai jenis makanan istimewa, seni dan kraf Okinawa yang anda boleh dapatkan di sini yang tiada di negara lain. 

Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai cenderahati untuk rakan dan keluarga anda!

6. Ameya Yokocho (Ameyoko)

Jika anda merasa shopping di Tokyo mahal, Ameyoko perlu menjadi pilihan anda! 

Anda boleh menemui tawaran yang murah untuk hampir kesemua barangan yang dijual. Ini menjadikan banyak interaksi meriah yang bukan tipikal kebanyakan runcit di Jepun.

Ameyoko terletak di lokasi yang sesuai di Laluan JR Yamanote, dengan akses ke Laluan Keihin-Tohoku dan laluan kereta api bawah tanah Ginza, Hibiya, Oedo dan Keisei.

Jadi jika anda ingin menikmati percutian anda dengan menaiki pengangkutan awam Jepun, memang sangat mudah dan praktikal untuk anda ke sini!

7. Tenjin

Tenjin ialah kawasan pusat bandar Fukuoka, Jepun di mana mereka terkenal dengan pusat beli-belah bawah tanah.

Dengan kehadiran gedung-gedung serbaneka yang besar dan kedai fesyen antarabangsa, Tenjin telah menjadikan Fukuoka sebagai ibu kota fesyen Kyushu!

Kawasan ini memang menarik untuk anda yang suka shopping dan penggemar makanan sebab anda memang akan rambang mata untuk membuat pilihan kerana mereka memiliki pelbagai kedai fesyen dan restoran berkualiti.

8. Namba City

Namba city yang terletak di Osaka, Jepun di mana ia dikenali dengan pusat membeli-belah bawah tanah yang menawarkan pelbagai jenis restoran dan kedai-kedai lain seperti pakaian, aksesori dan banyak lagi. 

Paling penting Namba City juga mempunyai bilik solat di mana orang-orang islam yang melancong dan membeli-belah di sana dapat menunaikan kewajiban. Sangat menarik!

Jika anda rasa Namba City Mall tidak memenuhi keperluan membeli-belah anda, anda juga boleh pergi ke Takashimaya atau Taman Namba yang berdekatan.

Jadi tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai ke Jepun untuk menikmati percutian dengan tempat-tempat dan kawasan yang menarik! 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat menarik yang ada di Jepun, anda boleh lawati laman web Japan National Tourism Organization.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×