0-6 Bulan

8 Senarai Perkataan Penting Yang Bayi Kena Pandai Sebut, Barulah Ibubapa Mudah Faham!

70
SHARES

Perkembangan bagi setiap anak-anak adalah berbeza. Ada bayi yang boleh berjalan dahulu sebelum bercakap dan ada yang perkembangan boleh bercakap dan berjalan itu adalah seiring. Jadi, bila anak-anak dah boleh mengeluarkan perkataan pertama, reaksi ibubapa mestilah sangat seronok. Bayangkan, anak-anak dah boleh panggil kita dengan panggilan ‘ibu’ dan ‘ayah’. Seronoknya!

http://www.vickypedia.co.uk/

Tapi, kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, perkataan apakah yang penting untuk perkembangan yang positif dalam kalangan anak-anak, anda boleh baca dengan lebih lanjut.

PERKATAAN PERTAMA ANAK

http://www.pfrc.ca/

Semua perkataan penting, tetapi kalau tanya saya perkataan apa yang paling penting untuk anak belajar dahulu, sudah tentu perkataan:

1. Panggilan Mak Ayah.

2. Meminta atau menyampaikan maklumat, seperti “nak” atau “tak nak” sambil menunjuk ke arah yang dikehendaki ataupun “ya”/ “tak” sambil mengangguk atau menggelengkan kepala.

3. Keperluan asasi seperti air, susu atau nasi/makan.

4. Rutin wajib harian seperti mandi, makan, tidur, main, minum susu, buang air kecil dan buang air besar.

http://www.mothermag.com/

5. Panggilan ahli keluarga.

6. Anggota badan.

7. Nama makanan dan minuman.

8. Benda sekeliling seperti cawan, pinggan, bantal, baju, seluar, berus gigi dan sebagainya.

Kalau 8 senarai di atas belum dapat dicapai, usahakan di atas ini dahulu barulah usahakan perkataan “ilmiah” yang lain seperti warna, bentuk, abc, 123, buah-buahan ataupun binatang. Untuk anak bawah 2 tahun jangan lupa rule 7 saat setiap suku kata ya.

BANYAK KITA BERCAKAP DENGAN ANAK, LAGI MUDAH MEREKA BERCAKAP

www.mommyconnections.ca

Sebenarnya kalau kita selalu cerita apa yang kita sedang lakukan, pergi ke mana, siapa itu ini, makanan apa yang anak sedang makan dan beritahu apa benda sekeliling anak, sangat mudah untuk anak belajar mengenali dan memahami arahan kita.

Apa-apa pun, mak ayah perlu letakkan niat untuk anak belajar bercakap untuk memudahkan anak menyampaikan info pada kita dan bukannya untuk berlumba serta membandingkan siapa paling cepat pandai bercakap atau belajar. Setiap perkembangan anak adalah berbeza, di atas ini adalah daripada pengalaman sebagai ibu dan pediatric occupational therapist.

Semoga bermanfaat, terima kasih.

*Video ini diambil semasa anak saya, Eva Azere berumur 1 tahun 2 bulan

Artikel ini adalah hasil perkongsian dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist dan Beyond Home Therapy di laman Facebooknya.

Sumber : Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×