Sihat

8 Fakta Menarik Tentang Durian Yang Hantu Durian Pun Tak Tahu…

730
SHARES

Ketika rakyat di negara lain teruja menantikan perubahan dari satu musim ke musim yang berbeza, rakyat Malaysia pula sudah tentu teruja menantikan musim Durian yang datang hanya sekali setiap tahun.

Walaupun ianya buah yang sangat sinonim dengan nama Malaysia, namun tidak ramai yang tahu fakta-fakta menarik tentang buah yang diberi nama jolokan Raja Buah. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Ini Cara Betul Bagi Anak Makan Ubat Cecair Guna Picagari, Barulah Demam Kebah!

8 FAKTA MENARIK TENTANG DURIAN YANG HANTU DURIAN PUN TAK TAHU

Apa yang anda perlu tahu sebelum makan durian?

1. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

2. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.

3. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi – 151

4. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)

5. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya.

6. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan.

7. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.

8. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut.

Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan. Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×